Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Enam Cedera Kemalangan Libatkan...

ALOR SETAR - Enam cedera dalam kemalangan membabitkan deretan 17 kenderaan selepas dirempuh...

Terima Offer Berlakon, Juliana...

RAMAI tahu pelakon Juliana Evans sudah pun menamatkan pengajian dalam jurusan Sarjana Muda...

Pegawai Imigresen Pengsan Dirempuh...

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai penguatkuasa wanita Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) cedera dan...

Ibu Cuai, Anak Nyaris...

SEORANG anak kecil nyaris maut apabila terjatuh atas jalan raya dari sebuah basikal...

Demi Pasaran Radio, Zizi Perlu Ubah Lirik Sensitif

LIRIK lagu yang agak ‘pedas’ membuatkan penyanyi Zizi Kirana perlu menukar beberapa bait lirik lagu Boleh Jalan nyanyiannya, bagi mendapat kebenaran untuk disiarkan di stesen radio tempatan.

Baca: Netizen ‘Panas Hati’, Zizi Kirana Langsung Tak Kisah

“Beberapa lirik terpaksa ditukar untuk siaran radio antaranya ‘Dato Gatal’ kena tukar kepada ‘Uncle Nakal’. Selain itu perkataan ‘menopaus’ dan ayat ‘seksi ku tayang lurah’ juga ditukar,” katanya dipetik mStar Online.

Bagi Zizi atau nama sebenarnya, Nor Fazelah @ Zizi Mohd Tahil, 32, terdapat lirik di dalam lagunya yang agak sensitif serta kasar malah dalam masa sama akan mengguriskan hati sesetengah pihak.

“Saya okey sahaja, yang penting lagu tersebut boleh dimainkan di radio,” ujarnya lagi.

Walaupun liriknya perlu diubah, namun peminat masih boleh mendengar versi original menerusi YouTube kerana muzik video rasminya baru sahaja dilancarkan pada Isnin lalu.

Sehingga kini, muzik video tersebut telah mendapat tontonan netizen sebanyak hampir 200,000 ribu kali.


“Alhamdulillah, kami dapat respons positif terhadap lagu baru itu. Penggambaran muzik video dilakukan pada bulan lalu selama dua hari.

“Semua berjalan lancar dan saya harap ia dapat diterima oleh semua peminat,” tambahnya lagi.

DIfahamkan lagu Boleh Jalan sebenanrnya ditujukan kepada haters Zizi yang sering melihat kesalahan dirinya dan lirik lagunya itu merupakan realiti tentang apa yang terjadi pada masa kini.

Juga: “Nampak Bra Pink, Bukan Tak Pakai Baju Pun” – Zizi

Zizi juga pernah dikaitkan dengan kontroversi kononnya dia sering menayangkan bentuk tubuh badannya demi untuk mencari perhatian ramai pihak.

Namun semua itu telah disangkal oleh Zizi sendiri kerana menurutnyaa, apa yang dipakai oleh dirinya ada hari ini merupakan dirinya yang sebenar. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori