BEKAS doktor gimnastik Amerika Syarikat (AS), Larry Nassar dihukum penjara 175 tahun selepas didapati bersalah melakukan penderaan seksual ke atas ramai atlet wanita di bawah rawatan perubatannya.
“Saya baru menandatangani wasiat kematian anda,” kata Hakim Rosemarie Aquilina ketika menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada Nassar yang berusia 54 tahun itu.
“Anda tidak sepatutnya berada di luar penjara sekali lagi,” kata hakim itu dengan Nassar memakai baju berwarna biru, berdiri tanpa sebarang perasaan sambil diapit oleh dua peguam bela.
“Anda seorang yang bahaya, anda akan terus menjadi berbahaya,” kata Aquilina.
“Di mana saja anda berjalan, akan membahayakan mereka yang lemah.”
Nassar memohon maaf kepada mangsanya termasuk gimnas yang memenangi pingat emas Olimpik, Simone Biles selain Aly Raisman, Gabby Douglas dan McKayla Maroney serta beberapa atlet wanita di Universiti Michigan, tempat dia bekerja.
“Apa yang saya rasa adalah lebih baik berbanding dengan kesakitan, trauma dan gangguan emosi yang anda rasa,” kata Nassar.
“Tiada perkataan untuk menggambarkan bagaimana saya menyesal dengan apa yang sudah berlaku,” katanya. – AFP/BH ONLINE