PELAKON terkenal, Datin Diana Danielle menyambut baik serta menyokong penuh cadangan keluarga untuk membawa suaminya, Datuk Farid Kamil bagi menjalani rawatan.
Wanita berusia 27 tahun itu berkata, mereka akan berusaha melakukan apa sahaja yang terbaik sehingga Farid kembali sihat sedia kala.
“Terima kasih atas sokongan semua. Apa yang jadi ketentuan Allah. Saya berharap semuanya kembali baik seperti biasa. Kita perlu menyelesaikannya secara peribadi.
“Alhamdulillah, syukur segalanya berjalan lancar,” kata Diana yang dipetik Harian Metro.
Dalam pada itu, Diana berkata, beliau enggan mengulas lanjut mengenai keadaan suaminya itu sebaliknya meminta ‘ruang yang cukup’ untuk menyelesaikan masalah yang berlaku secara privasi.
“Kita perlu menyelesaikannya secara peribadi. Alhamdulillah, syukur segalanya berjalan lancar,” ujar pelakon filem Hanyut itu.
Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kes Farid telah memberi kesan terhadap karier, Diana menafikan sekeras-kerasnya menafikan perkara itu.
Bahkan, Diana memaklumkan bahawa beliau akan tetap kembali bekerja seperti biasa selain turut bersyukur kerana segala urusan berjalan lancar.
“Saya sudah terikat dengan kontrak, jadi perlu beri sepenuh komitmen. Mahu atau tidak, kena buat juga. Kerja akan diteruskan seperti biasa. Alhamdulillah, setakat ini semua berjalan lancar,” katanya.
Baca: Farid Didakwa 4 Tuduhan, Mengaku Tak Bersalah
Dalam prosiding pada Rabu, Farid yang juga pelakon filem Tombiruo itu didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu tugas penjawat awam, Khamis lalu.
Farid bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di Majistret Mahkamah, Nor Ariffin Hisham di kompleks mahkamah Petaling Jaya dan dibebaskan dengan jaminan RM12,000. – MYNEWSHUB.CC/AM