Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tak Sanggup Rakan Baik...

SEBAGAI rakan baik, pelakon Johan As'ari tidak bersetuju dan agak terkilan dengan kata-kata...

Makkal Sakti Sedia Bantu...

SHAH ALAM - Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) sudah bersedia untuk membantu...

Ancaman Daesh: Cadang Visa...

TUMPAT - Majlis Keselamatan Negara (MKN) mencadangkan agar kerajaan Malaysia memperkenalkan visa untuk warga asing...

Riyadh Perlu Bertanggungjawab –...

LONDON - Tunang kolumnis akhbar Washington Post, Jamal Khashoggi mendesak Arab Saudi mendedahkan...

Dikecam Pengacara ‘Kayu’, Ajak, Janna Tidak Melatah

SELEBRITI, Ajak Shiro dan Janna Nick dilihat tidak melatah mahupun melenting meski dihujani pelbagai kritikan negatif ketika mengacarakan program hiburan, Melodi yang disiarkan kelmarin.

Menerima kecaman daripada netizen yang mana rata-rata menyifatkan mereka sebagai ‘pengacara kayu’, selebriti ini meminta agar diberi sedikit masa lagi untuk memperbaiki keadaan menjadi lebih baik.

Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, netizen diminta jangan terlalu cepat buat penilaian prejudis. Sebaliknya, beri masa kepada mereka untuk cari keserasian sekali gus mencipta keadaan lebih baik.

Pelawak, Ajak Shiro.

“Insya-Allah, tugas yang diamanahkan ini akan digalas dengan sebaik-baiknya demi kelangsungan karier seni kami berdua dalam bidang ini.

“Takkanlah kami sengaja hendak main-main dengan bersikap sambil lewa terhadap tanggungjawab yang telah diberikan.

“Kami tahu, Melodi merupakan sebuah rancangan hiburan yang ada jumlah penonton yang ramai, ini adalah peluang keemasan untuk buktikan kredibiliti kami,” kata Ajak dipetik sebuah portal online.

Janna pula menerusi salah satu posting di laman Instagram miliknya meminta netizen bersabar serta merestui kehadirannya sebagai hos baharu yang menggantikan tempat pengacara terkenal, Awal Ashaari dan AG Azmeer.


Pelakon, Janna Nick.

“Setiap kritikan membina yang dicoretkan di media sosial akan dijadikan rujukan demi kebaikan yang dipertanggungjawabkan selama semusim untuk mengacarakan program hiburan popular tersebut.

“Banyak lagi yang perlu kami belajar terutama saya sendiri yang baru berjinak-jinak dalam dunia pengacaraan berbanding Ajak yang sudah menimba pengalaman sebelum ini,” ujar Janna ringkas.

Melodi merupakan sebuah program terbitan Primeworks Studios yang diterajui oleh saudara Jamil Hassan sebagai Penerbit Eksekutif, manakala saudari Michelle Wee sebagai Penerbit.

Pada musim baharu ini, rancangan yang sudah ke udara selama 24 tahun ini bersiaran secara langsung selama satu jam setengah bermula 12 tengah hari hingga 1.30 petang pada setiap Ahad hanya di TV3! – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori