Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bersatu Persoal Jika Rafizi...

Penyandang kerusi Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon mempersoalkan sama ada jika Timbalan...

Arab Saudi Rancang Keluarkan...

ISLAMABAD - Arab Saudi merancang untuk mengeluarkan visa pelancong "tidak lama lagi", untuk...

Siti Sarah Sifatkan Shuib...

SIAPA tak kenal dengan pasangan yang baharu sahaja beberapa bulan lepas melangsungkan majlis...

Daftar Pemilih PRN Johor...

JOHOR BAHRU : Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Dituduh Menyamar Anggota Polis, 2 Lelaki Buat Laporan

KUALA BERANG – Dua lelaki tampil membuat laporan polis ekoran dituduh menyamar sebagai anggota polis cawangan narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Hulu Terengganu yang kini tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud berkata kedua-dua lelaki yang berumur 36 dan 31 tahun itu hadir di balai polis pada 12.30 tengah malam tadi apabila menyedari gambar mereka tular dalam media sosial.

“Siasatan telah dijalankan ke atas mereka dan tiada sebarang keterangan penglibatan mereka seperti yang ditular iaitu menjalankan kegiatan peras ugut sekitar kawasan sempadan Marang, Setiu, Dungun dan Hulu Terengganu.

“Pihak polis memberi amaran keras kepada orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak diketahui kesahihannya. Siasatan dibuat untuk mengesan mereka yang menular berita palsu dan tindakan pendakwaan boleh diambil,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata perbuatan menyebarkan maklumat atau berita yang tidak sahih atau rekaan yang boleh menimbulkan ketakutan masyarakat adalah kesalahan yang boleh ditangkap dan dihukum penjara.

Dalam perkembangan lain, Adli menyeru orang ramai supaya menggunakan saluran rasmi baharu Polis Diraja Malaysia (PDRM), iaitu aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang boleh dimuat turun secara percuma dalam laman web PDRM, Google Play dan App Store jika berlakunya sebarang masalah di kawasan mereka.


Katanya orang ramai perlu mendaftar sebagai anggota VSP terlebih dahulu sebelum berkongsi maklumat dan identiti mereka tidak akan diketahui jika mereka melaporkan sesuatu kes kerana dibenarkan menggunakan nama samaran.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, hingga November tahun lalu Terengganu mencatatkan seramai 41,020 anggota berdaftar VSP. – BERNAMA

Kategori