Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sungai Pahang Di Ambang...

JERANTUT - Nama Sungai Pahang sebagai sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia tidak mustahil...

MARA Digital Mall Bakal...

GEORGE TOWN - Pusat barangan teknologi maklumat (IT) usahawan Bumiputera, MARA Digital Mall...

Zul Ariffin Dan Ibu...

Penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai yang baru sahaja menyambut hari lahirnya telah berkongsi gambar...

‘Jangan Bagi Muka Pada...

KUALA LUMPUR : Persatuan Badminton Malaysia (BAM) digesa untuk tidak memberi muka kepada...

Dobi Layan Diri Penyelamat Di Musim Tengkujuh

KUANTAN – Kedai dobi layan diri menjadi ‘penyelamat’ kepada penduduk, khususnya kepada golongan wanita pada musim tengkujuh kerana kesukaran untuk mengeringkan pakaian.

Tinjauan Bernama di beberapa premis dobi layan diri di sekitar daerah ini hari ini mendapati, hampir semuanya mempunyai pelanggan dengan majoriti menggunakan mesin pengering berbanding mesin basuh.

Penduduk Bukit Rangin, Rohani Bidin, 63, berkata beliau membawa dua bakul baju berisi baju keluarganya termasuk tiga cucu untuk dikeringkan berselang sehari kerana tidak mahu mengumpul terlalu banyak baju kotor.

“Keutamaan sudah pastilah baju sekolah cucu kerana sekolah mereka dibuka. Rasanya cikgu tiada masalah jika cucu datang berpakaian biasa pada musim begini, tapi kita pula bimbang cucu segan kerana berbeza daripada rakan-rakan,” katanya.

Rohani juga menyifatkan generasi sekarang bertuah kerana kedai dobi layan diri semakin banyak, berbanding mereka dahulu yang terpaksa membuat ampaian sementara di dalam rumah, walaupun baju yang dikeringkan begitu ada kalanya mempunyai bau kurang enak.

Sementara itu, bagi Bonnie Lam, 35, beliau menggunakan mesin pengering di kedai dobi layan diri di Bukit Setongkol bukan hanya untuk pakaian, tetapi juga langsir pintu gelangsar dan tingkap yang kotor selepas rumahnya dinaiki air semalam.

Katanya, urusan membasuh dilakukan di rumah dengan pertolongan suami, Tor Chee Liang, 37, namun mereka tidak boleh menjemur pakaian itu kerana hujan renyai-renyai kerap berlaku selang beberapa jam.


Bagi petugas keselamatan Rizuan Romli, 29, berkata operasi kedai dobi layan diri yang dibuka 24 jam memudahkan beliau untuk mengeringkan pakaian seragamnya, memandangkan waktu tugasnya yang tidak menentu.

Katanya, dengan keadaan cuaca sekarang, beliau bimbang akan kehabisan pakaian seragam jika mahu dikeringkan dengan ‘kaedah biasa pada waktu-waktu terdapat kemungkinan beliau dipanggil bekerja walaupun tidak bertugas’.

Sementara itu pengusaha Laundry Hub, Sim Wen Chan berkata semua 30 kedai dobi layan diri itu menunjukkan peningkatan ketara bagi penggunaan mesin pengering sejak minggu lepas khususnya di Kuantan, kawasan yang paling teruk terjejas banjir kali ini.

“Kami menjangkakan keuntungan pada musim tengkujuh akan meningkat sekitar 30 peratus daripada biasa, kerana kos penggunaan dan penyelenggaraan mesin itu juga agak tinggi,” katanya. – BERNAMA

Kategori