Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Tanah Runtuh: Pasang Cerucuk...

KUALA LUMPUR - Tindakan menanam cerucuk besi di lokasi tanah runtuh berhampiran Akademi...

Inisiatif Baru Bagi Doktor...

KUALA LUMPUR,19 Julai (Bernama) – Beberapa inisiatif baharu akan dilaksana untuk memendekkan tempoh...

Tanah Runtuh: Penjawat Awam...

AMPANG – Seorang penjawat awam ditahan dipercayai terbabit dalam kes kecurian barangan milik...

Abang Johari Mahu PKS...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggesa usahawan...

Elaun Persidangan November, Disember Dibayar Tahun Ini

KUALA LUMPUR – Elaun persidangan anggota parlimen bagi bulan November dan Disember 2017 berjumlah RM1.2 juta akan dibayar pada tahun ini, demikian menurut Parlimen Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Parlimen menjelaskan ia menerima 299 tuntutan daripada anggota Parlimen bagi kedua-dua bulan tersebut, namun pembayarannya terpaksa ditangguh untuk mendahulukan pembayaran ke atas tuntutan-tuntutan bagi 2015 dan 2016 yang berjumlah RM1.33 juta.

“Oleh kerana tuntutan ini lewat dikemukakan kepada pihak Parlimen, ia terpaksa dibayar menggunakan peruntukan tahun semasa setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata bagi bulan Oktober tahun lalu, semua tuntutan termasuk Elaun Persidangan bagi Ahli Dewan Rakyat telah dibayar.

Parlimen mengeluarkan kenyataan itu bagi merujuk isu yang dibangkitkan Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming berkenaan elaun persidangan bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen Malaysia yang menurutnya belum dibayar seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Cina, semalam.

Dalam kenyataan sama, Parlimen Malaysia menyatakan pada setiap tahun, pihak pengurusan telah mengeluarkan surat meminta semua anggota parlimen agar mengemukakan tuntutan pada tahun semasa bagi mengelakkan masalah pembayaran berlaku.


Namun, menurutnya sehingga kini saranan berkenaan masih tidak dipatuhi.

Parlimen menjelaskan, sekiranya anggota parlimen memberi kerjasama dengan mengemukakan tuntutan pada tahun semasa, isu tersebut tidak akan timbul kerana ia bukan disebabkan kekurangan dana kerajaan atau peruntukan yang disediakan digunakan untuk urusan lain.

“Pihak Parlimen dan kerajaan pada setiap masa amat prihatin terhadap kebajikan semua ahli-ahli parlimen dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kepentingan mereka terpelihara sepanjang masa,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Elaun

Kategori