Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kegagalan Pahang Pada Saingan...

KUANTAN - Kegagalan Pahang FC untuk mara ke saingan Piala FA selepas tewas...

Baju Jadi Bahan Ketawa,...

ANUGERAH Juara Lagu ke-30 (AJL30) sudah pun melabuhkan tirainya semalam dengan lagu Potret...

Penduduk Malaysia Dianggarkan 32.7...

PUTRAJAYA: Jumlah penduduk Malaysia pada 2022 dianggarkan 32.7 juta orang berbanding 32.6 juta...

Hishammuddin Dilantik Menteri Tugas-Tugas...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas...

Elfira Akui Tempuh Banyak Dugaan Bertunang

TIDAK dapat dinafikan bahawa orang yang berada dalam fasa pertunangan sememangnya cukup hebat dugaannya.

Keadaan ini turut dialami oleh pelakon dan juga pengacara terkenal, Elfira Loy yang kini bergelar tunangan kepada penyanyi, Sufian Suhaimi.

Elfira berkata, banyak dugaan yang dihadapi sepanjang melalui fasa itu dan berharap agar ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.

Katanya lagi, dia tidak berani dan enggan untuk bercerita lanjut mengenai hal berhubung perkahwinan kerana soal jodoh itu adalah rahsia Tuhan.

“Saya akui bertunang ini mempunyai banyak dugaan namun saya tidak berani untuk mengatakan sama ada dugaan yang dihadapi ini adalah terbesar buat masa ini.

“Soal kahwin bukan perkara yang boleh dibuat main-main sebaliknya ia adalah keputusan terbesar yang perlu dilakukan setiap pasangan.

“Kalau memilih pekerjaan ia hanya keputusan sendiri tetapi apabila hal perkahwinan ini ia membabitkan banyak pihak,” jelasnya lagi.

Menurut Elfira lagi, meskipun dia mengakui pasrah dengan permasalahan dan dugaan yang dihadapinya namun dia tetap positif dan meminta peminat mendoakan yang baik-baik sahaja.

“Saya tidak mahu memberatkan kepala dengan dugaan yang datang. Saya harap apa yang dilalui berakhir dengan baik.


“Apa yang terbuku dalam hati ini saya nak ia kearah positif. Setakat ini hubungan kami berjalan dengan baik. Doakan yang terbaik,” ujar Elfira.

Sementara itu ketika ditanya mengenai persiapan perkahwinan dengan Sufian, Elfira mengakui bahawa belum membuat sebarang persiapan meskipun majlis tersebut bakal berlangsung pada Mac depan.

Baca: Unfollow Instagram, Sufian Nafi Gaduh Dengan Elfira

Sebelum ini , timbul satu kontroversi panas mengatakan kedua-dua selebriti ini tidak follow laman Instagram masing-masing.

Ekoran itu, ramailah mak cik bawang kat luar sana yang mula mengesyaki bahawa pasangan ini mempunyai masalah dalam perhubungan mereka.

Bagaimanapun, perkara itu telah dinafikan oleh Sufian dan memaklumkan bahawa dia dan Elfira tidak mengikuti akaun Instagram di antara satu sama lain adalah disebabkan oleh masalah teknikal. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori