Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

BN W.Persekutuan Sasar 4...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan menyasarkan untuk memenangi empat lagi...

Gotong-Royong Akan Jadi Budaya...

PADANG BESAR - Bagi menjayakan hasrat kerajaan negeri menjadikan Perlis negeri bandaraya menjelang...

Masih Beraya Bujang? Jangan...

ANDA masih beraya bujang tahun ini? Masih belum dipertemukan dengan jodoh? Kepada anda yang...

Lelaki Maut Ditikam, Ibu...

LELAKI maut ditikam, manakala dua lagi cedera termasuk seorang wanita dipercayai dirogol individu...

Elvina Bengang Kena Fitnah Ada Skandal Dengan Redza

SUDAH menjadi kebiasaan di Malaysia apabila tamat sahaja penggambaran sesebuah drama, pasti kita akan dengar cerita tentang cinta lokasi antara gandingan hero dan heroin.

Tetapi, bagi pelakon kelahiran Teluk Intan, Perak iaitu Norzalina Mohamad atau lebih dikenali sebagai Elvina, dia menolak sekeras-keranya fitnah kononnya dia mempunyai hubungan rapat dengan pelakon Redza Rosli.

Walaupun tidak mengiyakan, namun kebanyakan peminat sudah mengetahui hubungan rapat antara Redza dengan pelakon kenit, Ayda Jebat sejak mereka bergandingan menerusi drama Ku Kirimkan Cinta tahun lalu.

“Saya terkejut dengan gosip itu dan tidak tahu apa motif buat cerita tidak benar begitu.

“Orang semua tahu Redza dengan Ayda dan jangan pula lagakan saya dengan dia pula dengan cerita seperti ini,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Elvina dan Redza telah bergandingan menerusi drama Isteri Untuk Diiktiraf di bawah terbitan JS Pictures Sdn. Bhd.

Bagaimanapun, isu itu timbul apabila Elvina telah memuat naik satu video dia keluar bersama dengan Redza selepas selesai sesi penggambaran.

Namun, gadis berusia 23 tahun itu tetap menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas tersebut.


“Hubungan kami hanya dalam set sahaja, kalau keluar makan bersama pelakon dan kru produksi dia tidak pernah ikut.

“Itu yang pelik macam mana boleh sampai cerita kami keluar bersama pula. Dia jarang bergaul dengan kami sesudah penggambaran,” tambahnya lagi.

Drama Isteri Untuk Diiktiraf merupakan arahan Azman Yahya atau Jinggo yang merupakan suami kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly serta bakal ditayangkan sepanjang Ramadan ini menerusi saluran RTM.

Sebelum ini, nama Elvina hangat melalui portal hiburan tempatan apabila gambar percutiannya bersama dengan teman rapat yang lain telah tersebar ketika meraikan tahun baru yang lalu.

Baca: Elvina Mohon Maaf, Gambar Peribadi Cetus Kontroversi

Bagaimanapun, dia telah memohon maaf secara umum kerana tidak menyangka ianya akan tersebar akibat tangan gatal rakannya sendiri yang menyebarkan gambar yang telah dimuatnaiknya ke dalam akaun Instagram peribadi.

Namun, dia tetap memohon maaf kerana kesilapannya itu tetapi ianya langsung tidak mengganggu konsentrasinya dalam lakonan. – MYNEWSHUB.CC/AH

*Video hanya sekadar hiasan…

Kategori