HUBUNGAN rapat yang terjalin antara pelakon, Erra Fazira dengan aktres Indonesia, Laudya Cynthia Bella sering mendapat perhatian umum.
Apatah lagi kedua-duanya wanita cantik ini merupakan insan istimewa dalam hidup usahawan terkenal, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Menurut pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek, beliau ikhlas dalam menjalinkan tali persahabatan dengan isteri bekas suaminya itu.
Baca:Â Sering Kongsi Gambar Mesra, Netizen Puji Erra-Bella
Katanya, tiada sebarang sebab, musabab mahupun alasan bagi Erra untuk memusuhi pelakon yang terkenal dengan filem Surga Yang Tak Dirindukan itu.
“Saya seikhlasnya menjalinkan persahabatan Laudya malah saya tidak pernah rasa kekok apabila bersamanya.
“Dia bukan berasal dari Malaysia dan saya letakkan diri saya ditempatnya. Kalau saya tinggal di Indonesia pun saya juga harapkan orang terima saya dengan baik.
“Saya juga ikhlas menerimanya sebagai ibu kepada Alesya dan perlu menjaga silaturahmi demi matlamat menjaga dan mendidik anak kami,” katanya dipetik mStar Online.
Menurut pelakon serba boleh itu lagi, beliau mengakui bersyukur kerana Engku Emran ditemukan dengan Laudya kerana wanita itu turut menerima anak mereka dengan baik.
“Saya tiada masalah dengannya malah kami berpisah secara baik. Saya sering doakan dia bertemu dengan seseorang yang baik selain dapat menyayangi anak kami seadanya dan Alhamdulillah sekarang sudah ada,” ujarnya.
Alhamdulillah… Semoga sikap toleransi yang ditunjukkan oleh Erra ini dapat dicontohi oleh lebih ramai wanita yang mempunyai kisah hidup seperti ini.
Buat Erra, anda sememangnya wanita yang hebat! Kepada Laudya dan Engku Emran, semoga hubungan yang terjalin terus berkekalan hingga ke Jannah! Insya-Allah. – MYNEWSHUB.CC/AM