Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Monitor Dengan Pengecasan Tanpa...

NAMPAKNYA arena monitor dikala ini semakin bersaing dari segi paparan, resolusi, sokongan grafik...

Kerajaan PH Pinjam RM3...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak secara sinikal berkata, kerajaan Pakatan Harapan...

Angin Kencang Diramal Hingga...

ALOR SETAR - Fenomena garis badai kesan tiupan angin monsun barat daya yang...

Tiada Masalah Zakir Hadir...

PUTRAJAYA - Pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik tidak melakukan kesalahan sekiranya menghadiri program...

FA Dedah Kelakuan Wenger Terhadap Mike Dean

PERSATUAN Bola Sepak England (FA) mendedahkan kelakuan Arsene Wenger terhadap pengadil Mike Dean.

Pengurus Arsenal itu menggelar Dean ‘memalukan’ dan tidak jujur’ ketika aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris Disember lalu ketika menentang West Bromwich Albion.

Malah Wenger juga dikatakan bersemuka dengan pengadil tersebut kerana tidak berpuas hati dengan keputusan penalti yang dibuat ketika perlawanan berlangsung.

Gara-gara tindakannya itu, Wenger dilarang berada di padang untuk tiga perlawanan.

FA memberi tunjuk sebab mengapa Wenger dikenakan hukuman termasuk menyenaraikan testimoni oleh Dean.

“Dia sangat agresif dan menunjukkan ke arah saya dengan berkata, ‘Anda tidak jujur pada masa yang silap,” ujar Dean.

“Saya menjawab. ‘Jadi kamu gelar saya tipu’. Dia jawab, ‘Saya kekal dengan apa yang dicakap, kamu tidak jujur’.


“Kemudian dia berkata, ‘Kamu telah banyak melakukannya kepada kami sebelum ini. Kamu sepatutnya perlu profesional, kamu memalukan’.”

Keputusan Dean memberi penalti kepada West Brom itu menjadikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Sebagai rekod, pengendali dari Perancis itu turut menerima hukuman penggantungan empat aksi kerana menolak pegawai keempat perlawanan ketika aksi kemenangan 2-1 bertemu Burnley. – mStar Online

Kategori