Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tiada Tayangan Filem Beauty...

NAMPAKNYA kontroversi mengenai tayangan filem Beauty and the Beast di Malaysia masih belum...

11 Termasuk Warga Emas...

BUKIT MERTAJAM - Sebelas lelaki termasuk seorang warga emas dicekup ketika sedang leka...

Denda RM6,580 Jika Pemilik...

MADRID — Para pemilik anjing peliharaan di ibu kota Sepanyol, Madrid kini harus...

Tak Sangka, Karya Seni...

LONDON - Paku atau batang besi wajib digunakan semasa membina rumah atau bangunan...

Fadzil Teh Cari Gadis Sopan Ganti Watak Mira-Fathia

PENERBIT terkenal, Fadzil Teh, memberitahu bahawa pelakon wanita yang dipilih untuk watak dalam drama terbaharu terbitannya itu tidak dapat memenuhi permintaannya atas sebab tertentu.

Akibat itu, dia kini dilaporkan sedang giat mencari pelakon baharu pula.

Menurut Fadzil, dia sudah pun memilih pelakon Mira Filzah dan Nur Fathia sebagai pelakon utama bagi drama Anugerah Cinta Aisyah terbitan Zeel Production.

Namun, atas sebab tertentu, kedua-dua pelakon itu tidak dapat memenuhi permintaannya.

“Memang watak besar ini dibuat khas sama ada untuk Fathia atau Mira. Bagaimanapun, Mira sibuk dengan kerja seni lain, manakala Fathia pula tidak dapat melakukannya atas sebab tertentu.

“Jadi, kalau boleh kita mahu watak Aisyah ini dilakonkan mereka yang setanding dengan dua pelakon berkenaan. Saya sendiri dari dulu sentiasa membuka peluang untuk bakat baharu.

“Jika mereka berbakat dan memiliki ciri diinginkan untuk menjadi Aisyah, pihak kami tidak ragu-ragu menyerahkan tanggungjawab itu kepada calon sesuai,” katanya dipetik daripada BH Online.

Difahamkan, watak Aisyah kini dibuka kepada mana-mana pelakon wanita yang lain mahupun ‘insta famous’ bertudung dan mempunyai ramai pengikut di laman sosial juga dialu-alukan untuk mencuba nasib.

Tambahnya lagi, mereka masih mahu mencari bakat baharu yang boleh bersaing dengan barisan pelakon yang sedia ada.

Hal ini demikian kerana kebanyakan artis wanita popular sudah pun terikat dengan beberapa projek mereka bagi tahun ini bahkan sehingga tahun 2019 akan datang.

Jadi disebabkan itulah mereka mengambil keputusan untuk mencari pelakon baharu dan yang pasti haruslah mempunyai bakat.

Selain itu, ada juga netizen yang mencadangkan agar watak Aisyah diberikan kepada pelakon Wawa Zainal, Nur Heliza Helmi, Ummi Nazeera, Irma Hasmie atau Diana Amir.

Ini memandangkan mereka antara selebriti wanita yang boleh dikatakan agak layak bagi watak gadis dari negara Arab serta seseorang yang menjaga agama.


Watak Aisyah digambarkan sebagai seorang gadis berkelulusan dari Mesir dan mempunyai latar belakang agama yang agak kuat dan berusia dalam lingkungan antara 19 hingga 25 tahun.

“Aisyah yang kami cari juga seorang yang menghormati orang tua, menjaga pertuturan, sopan namun tegas dalam soal agama.

“Jika mengikut perancangan, watak utama lelaki berkemungkinan akan ditawarkan kepada Hafidz Roshdi atau Idris Khan,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, drama ini bukanlah berunsur cinta semata seperti drama yang terhidang pada masa kini tetapi ianya bakal dipersembahkan dengan sentuhan Islamik.

Pastinya drama ini akan menjadi salah satu kelainan antara drama yang lain yang mana turut diketengahkan unsur agama didalamnya.

“Jika filem Islamik seperti Ayat-Ayat Cinta boleh meletup, jadi tidak salah andai kita guna pendekatan sama. Dulu, cerita sedemikian memang pernah ditayangkan di layar kecil dan pawagam negara kita,” tambahnya lagi.

Fadzil turut menyeru mana-mana pelakon atau bakat baharu yang mempunyai kelayakan seperti yang dicari.

Semoga dengan terhasilnya karya ini, ianya akan menjadi contoh kepada drama yang lain dengan kelainan yang dibawa. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori