Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Jauhi Saudi, Malaysia Akan...

TINDAKAN Menteri Pertahanan Mohamad Sabu telah menghentikan pusat antikeganasan tajaan Arab Saudi dan...

Lega… Rafizi Sah Tidak...

SYUKUR... Setelah terpalit dengan pelbagai kes mahkamah akibat sebar fitnah, Ahli Parlimen Pandan,...

Sultan Johor Kurnia Makanan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan...

Fouziah Gous Nafi Dengki...

SEBELUM ini bertebaran khabar angin mengatakan seorang aktres menghasut pereka fesyen yang mereka...

‘Fanskick’ Aplikasi Terbaik Mendekatkan Penyokong

KUALA LUMPUR – Aplikasi pintar ‘Fanskick’, yang menawarkan pelbagai kemudahan termasuk pembelian tiket secara dalam talian, mampu merapatkan jurang antara pemain dan peminat bola sepak tempatan, menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata aplikasi itu merupakan antara medium terbaik bagi peminat mendapatkan maklumat berkaitan isu semasa dunia bola sepak tempatan, jadual perlawanan, statistik, informasi mengenai pasukan kegemaran serta ruang interaksi secara langsung dengan pemain.

Pengguna Fanskick juga berpeluang membuat pembelian barangan keluaran pasukan kelab dalam Liga Malaysia (Liga-M) selain berpeluang​​​​ merasai sendiri pengalaman menjadi seorang pengurus pasukan menerusi permainan simulasi FK Manager, katanya dalam kenyataan di sini hari ini..

“Ini adalah salah satu permulaan langkah positif seiring dengan revolusi pembaharuan yang sedang cuba dilakukan oleh FAM dalam meningkatkan keghairahan dan minat penyokong serta memartabatkan bola sepak Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play dan App Stores dan Fanskick Dot Com.


Aplikasi yang disediakan oleh Fanskick Dot Com Sdn. Bhd., itu dilancarkan oleh Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di Johor Bahru, semalam. – BERNAMA

Kategori