Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bomba Siasat Punca Pasar...

SEREMBAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan masih menjalankan siasatan akan...

Suspek Bunuh Tiga Sekeluarga...

MUAR - Lelaki yang dipercayai membunuh dan membakar rumah keluargnya sehingga menyebabkan kematian...

Bercinta Dengan Bukan Lelaki...

CHINA – Enam tahun…. ia merupakan satu jangka waktu yang panjang yang terpaksa...

BAM Berhubung Dengan BWF...

PUTRAJAYA - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah berhubung dengan pihak Persekutuan Badminton Dunia...

Fasa 2 Program UMNO Bantu Rakyat Capai Sasaran

SANDAKAN – Fasa dua Program UMNO Bantu Rakyat dilaksanakan secara tersusun dan mencapai golongan sasaran, kata Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata banyak penambahbaikan dilakukan untuk fasa kedua pelaksanaan program itu pada tahun ini dari segi bentuk sumbangan dan kumpulan sasaran.

“Pelaksanaan fasa pertama Program UMNO Bantu Rakyat mencapai sasaran tetapi fasa kedua gerak kerja lebih tersusun dan tepati kumpulan sasar.

“Ia hasil kerjasama baik Biro Kebajikan UMNO dengan UMNO di peringkat negeri, maka apa yang kita kehendaki tercapai dan berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas Program UMNO Bantu Rakyat 2.0 di UMNO Bahagian Batu Sapi di sinihari ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi Datuk Samsuddin Yahya.

Menurutnya Biro Kebajikan UMNO melakukan perancangan dan turun padang untuk program itu tetapi UMNO di peringkat bahagian yang melaksanakannya kerana mereka lebih dekat dengan rakyat.

Beliau berkata pelaksanaaan fasa kedua program ini di Sabah membabitkan enam bahagian UMNO dengan jumlah bantuan diagihkan sebanyak RM1 juta.


Katanya pelaksanaan fasa pertama program itu membabitkan 50 bahagian UMNO di seluruh negara.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata pada rakyat, bukan jumlah dan nilai sumbangan dinilai tetapi adalah keprihatian kepada mereka.

Beliau berkata rakyat kini bosan dengan politik fitnah, janji kosong dan memecahbelahkan masyarakat yang dibawa oleh parti pembangkang.

Rakyat bijak menilai dan tidak mahu kepimpinan parti yang tidak menjamin masa depan mereka, katanya. – BERNAMA

Kategori