Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Azmin Sah Sertai Bersatu

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk...

Takut Korea Utara? Malaysia...

ANTARA topik paling panas tular dalam media sosial akhir-akhir ini konon kerajaan Malaysia...

5 Anggota Polis Antara...

GEORGE TOWN - Polis telah merakam keterangan 15 individu termasuk lima anggota polis...

‘Awek Cendol’ Dapat Banyak...

KERANA video 'manja' yang ingin makan cendol, Nija atau lebih dikenali sebagai Awek...

Fathia Minta Maaf Isu ‘Gurau’ Kasar Terhadap Iqram

PELAKON, Fathia Latiff tampil mohon maaf atas keterlanjuran tindakannya yang meninggalkan komen negatif terhadap aktor, Iqram Dinzly, pada Selasa lalu.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff menerusi perkongsian terbaharu di Instagram berkata, insiden itu hanyalah salah faham dan dia sama sekali tidak berniat buruk terhadap Iqram.

“Salam untuk semua. Saya ingin meminta maaf atas pertuturan saya dengan Iqram, tempoh hari. Ini hanyalah salah faham memandangkan saya dan dia dalam keadaan baik.

“Saya tidak mempunyai niat buruk (mala fide) sama sekali kepada beliau. Sekali lagi saya minta maaf di atas sensitiviti isu ini,” katanya menerusi entri yang dimuat naik pada Khamis.

Seperti biasa, apa sahaja entri yang dimuat naik oleh pelakon kontroversi ini pasti akan menerima pelbagai reaksi daripada netizen tempatan tidak kira sama ada yang berbentuk positif atau negatif.


Baca: Fathia Suruh Iqram Dinzly Bunuh Diri Di IG Live?

Sebelum ini, Fathia teruk dikecam netizen gara-gara meninggalkan beberapa komen yang disifatkan sebagai melampau terhadap Iqram.

Rentetan kejadian itu, Iqram yang berang akan tindakan pelakon berkenaan bertindak turut berkongsi sebuah video menempelak aktres jelita itu di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori