BAGI mereka yang mengikuti perkembangan pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura pasti sudah maklum bahawa mereka kini sedang asyik berbulan madu di London.
Namun apa yang menarik perhatian adalah aksi berseloroh Fazura yang dirakam menerusi sebuah video memberi bayangan seolah-olah dirinya kini sedang berbadan dua.
Menerusi video yang tular itu menyaksikan Fazura sedang menyapu jem di atas ‘scone’ dan tiba-tiba ditegur oleh seorang wanita yang bertanya mengapa pelantun lagu Bisa Apa itu tidak berhenti makan.
“Banyak makan sis. Tak makan ke tadi sis?” tanya wanita itu.
Sambil bersahaja dan selamba, Fazura menjawab;
“Bukan apa, kot kot mengidam ke apa…kot kot lah I cakap,” ujar Fazura sambil ketawa.
Ternyata, jawapan Fazura itu disambut baik oleh keterujaan wanita berkenaan dan beberapa lagi rakan-rakannya yang lain sambil mendoakan perkara tersebut menjadi kenyataan.
Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 100,000 kali serta dihujani komen netizen yang mana rata-rata mendoakan agar pelakon jelita itu benar-benar hamil dan menimang cahaya mata dengan segera! – MYNEWSHUB.CC/AM