Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Penangan KL2017, Pasukan Netball...

KEHANGATAN kejayanan pasukan bola jaring negara ketika menentang Singapura sehingga menang 65-41 masih...

SJKT Taman Sentosa Pemangkin...

KLANG - Sebut sahaja Taman Sentosa, perkara pertama yang terlintas di fikiran kebanyakan...

Penunggang Maut Digilis Selepas...

ALOR GAJAH - Seorang lelaki yang terjatuh di tengah lebuh raya selepas merempuh...

MyOrganic Galak Penerimaan Terhadap...

PUTRAJAYA - Pensijilan Skim Organik Malaysia (SOM) yang dilancarkan pada 2003 dijenamakan semula...

FB Digodam: Peniaga Dituduh Tipu Bisnes Mata Wang

BAGAN SERAI – Seorang peniaga mendakwa Facebooknya digodam oleh individu tertentu sehingga dia kemudian dituduh mendalangi penipuan penjualan mata wang digital di media sosial minggu lalu.

Nor Hisham Othman, 47, berkata dia hanya menyedari perkara itu selepas e-mel peribadinya tidak dapat digunakan pada 14 Disember lalu selain telefon pintarnya juga tidak berfungsi tiga hari kemudian.

“Saya menghantar telefon pintar ke kedai untuk dibaiki. Selepas siap seminggu kemudian, saya memeriksa akaun Facebook saya atas nama ‘Nor Hisham Othman’.

“Saya terkejut apabila mendapati ada individu meletakkan paparan dalam Facebook saya menuduh saya menipu transaksi penjualan mata wang digital menggunakan akaun itu,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Nor Hisham berkata individu berkenaan yang tinggal di Teluk Intan mendakwanya menawarkan penjualan mata wang digital menerusi akaun Leno dengan harga RM400 pada 25 Disember lalu.

Menurut beliau semakan mendapati penggodam akaun Facebook miliknya, meminta mangsa memasukkan wang bayaran transaksi ke dalam satu akaun bank peribadi individu yang tiada kaitan dengan dirinya.


“Difahamkan mangsa juga sudah membuat satu laporan polis atas nama saya dengan tuduhan mendalangi penipuan terbabit selain mendedahkan identiti saya ke pengetahuan umum dengan meminta orang ramai menangkap saya melalui Facebook.

“Saya mempunyai bukti bahawa akaun Facebook saya digodam individu tidak dikenali dan saya membuat laporan polis 25 Dis lalu kerana bimbang keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Nor Hisham berkata, selain dituduh mendalangi penipuan penjualan mata wang digital, tindakan penggodam menggodam e-mel peribadinya menyebabkan dia mengalami kerugian puluhan ribu Ringgit.

“Beberapa akaun menyimpan sejumlah nilai mata wang digital milik saya tidak dapat dibuka. – BERNAMA

Kategori