Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

VIDEO: Carta 20 Jenis...

TIDAK semua permainan untuk kanak-kanak itu sebenarnya memberi manfaat kepada mereka. Ini kerana...

Kereta Terjunam Dalam Parit

Sabak Bernam - Tiga beranak nyaris maut selepas kereta yang dinaiki terbabas ke...

Guru Terpesona Ayat-Ayat Cinta...

BATU GAJAH - Akibat terpesona dengan ayat-ayat cinta dan janji manis seorang lelaki...

“Bas Kami Tidak Pernah...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) tidak berniat mencetuskan provokosi berikutan...

Festival MyAQSA: Lebih 100 Ulama Dunia Di Malaysia

PUTRAJAYA – Lebih 100 ulama dari 30 negara akan berada di Malaysia bagi menyertai Persidangan Meja Bulat Ulama Islam Sedunia Mengenai Baitulmaqdis dari 26 hingga 28 Januari ini.

Persidangan bersempena Festival MyAQSA yang berlangsung di Dataran Putrajaya itu bertujuan memutuskan resolusi yang akan diangkat menjadi fatwa baharu bagi diserahkan kepada ketua-ketua negara Islam dunia untuk tindakan lanjut.

Persidangan yang akan diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini itu dianjurkan secara bersama oleh Yayasan MyAQSA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Kesatuan Ulama Palestin Diaspora dan Kesatuan Ulama Islam Sedunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MyAQSA, Dr. Noorazman Mohd Samsuddin pada sidang media selepas pelancaran festival oleh Ketua Pengarah Jakim, Tan Sri Othman Mustapha, berkata persidangan itu akan membincangkan tindakan yang boleh diambil masyarakat dan ketua-ketua negara Islam dunia susulan pengisytiharan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Hadir sama Presiden Kesatuan Ulama Palestin Diaspora di Malaysia, Dr. Ahed Abu Alatta.

Dr. Noorazman berkata antara ulama terkenal yang mengambil bahagian ialah Pengarah Harta Wakaf Masjidil Aqsa, Dr. Najeeh Bkeerat; Ketua Kesatuan Ulama Sudan, Dr. Abdul Hayy Yusuf, Maulana Sayyid Salman al-Husaini al-Nadwi dari India, Maulana Dr. Abdul Razzaq Iskandar dari Pakistan dan Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebagai inisiatif awal, resolusi tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis khas yang akan dihadiri semua ulama terbabit sejurus persidangan tersebut berakhir pada 28 Januari, katanya.


Dr. Noorazman berkata acara lain yang turut diadakan sepanjang festival tersebut ialah Himpunan Munajat Aqsaku pada 27 Januari dengan acara kemuncak pidato perdana yang akan disampaikan oleh tokoh ulama termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mewakili kerajaan Malaysia.

Selain itu, turut diadakan ialah Ekspo Aqsaku selama tiga hari bermula 26 Januari dengan tarikan utama iaitu pameran replika sebahagian Masjid Al-Aqsa serta program solidariti selebriti bersama Aqsaku, katanya.

Dalam pada itu, Dr. Ahed menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri kerana berterusan menunjukkan komitmen membantu masyarakat Palestin melalui pelbagai program yang memberi impak besar kepada masyarakat dunia. – BERNAMA

Kategori