Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

150 Murid Sekolah Rendah...

KUALA TERENGGANU - Hasil saringan yang dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melalui Program...

Elaun Persidangan November, Disember...

KUALA LUMPUR - Elaun persidangan anggota parlimen bagi bulan November dan Disember 2017...

Labuan Catat Kenaikan 8.24%...

LABUAN - Sebanyak 1,095,452 pelancong dan pengunjung yang singgah bermalam memasuki pulau bebas...

Huawei Watch Bakal Ke...

HUAWEI pada tahun ini telah memfokuskan kepada penawaran peranti premium dengan rekaan yang...

Filipina Gagalkan Serangan Pemberontak BIFF

HANOI – Angkatan tentera Filipina telah menggagalkan serangan Pejuang Kebebasan Islam Bangsamoro (BIFF) di bahagian selatan negara itu pada Ahad, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Terdahulu pada Sabtu, kira-kira 50 pemberontak BIFF menyerang Maitumaig, sebuah kampung terpencil di pekan Datu Unsay dalam wilayah Maguindanao di selatan Filipina sekali gus mencetuskan satu pertempuran yang meragut nyawa seorang anggota tentera serta sembilan militan, kata jurucakap tentera Kapten Arvin Encinas.

Angkatan tentera kerajaan menggunakan pesawat dan artileri untuk menggempur BIFF sehingga puak pemberontak itu mengundurkan diri.

Tentera Filipina telah bekerjasama dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) untuk mempertingkat operasi terhadap BIFF sejak Ogos tahun lepas.

MILF telah memeterai perjanjian damai dengan kerajaan pada 2014 manakala BIFF, sebuah kumpulan serpihan MILF, menentang pakatan itu. – BERNAMA

Kategori