Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

GST: Daya Saing Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan meletakkan Malaysia pada...

Aliran Trafik Meningkat Di...

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar setakat jam 9...

Bank Rakyat Dividen 15%,...

SYUKUR... Bank Rakyat, institusi bank koperasi Islam terbesar di Malaysia, mengumumkan dividen tunai...

“Kami Baharu Sahaja Meninggalkan...

KUALA LUMPUR -  Seorang warga Malaysia, Nasharudin Mat Isa dalam perjalanan balik ke...

Fitbit Perkenal Jam Pintar Kecergasan, Kesihatan

KUALA LUMPUR – Fitbit hari ini melancarkan jam pintar terkini – Fitbit Ionic – untuk peminat aktiviti kesihatan dan kecergasan.

Pengurus Negara Fitbit Asia Tenggara, Hong Kong, dan Taiwan, Louis Lye, berkata Ionic dibangunkan berasaskan kepakaran Fitbit dalam kesihatan dan kecergasan, dengan sensor baharu, menjadikannya lebih mudah untuk mengesan kedudukan kesihatan secara lebih mendalam.

Antaranya masalah apnea tidur, pengesanan sistem kedudukan global terkemuka dalam industri, teknologi untuk meningkatkan kadar denyutan yang lebih baik selain pelbagai lagi ciri dan teknologi canggih.

“Ionic beroperasi atas Fitbit OS, sistem operasi baharu syarikat untuk jam pintar yang akan dikemas kini secara berkala bagi menambah pengalaman baharu kepada penggunanya,” katanya pada pelancaran jam berkenaan di sini hari ini.

Lye berkata syarikat itu beroperasi di sini untuk mewujudkan kesedaran dan memberi mesej kepada masyarakat mengenai kaedah menjalani gaya hidup sihat.


“Kami menyediakan maklumat cara hidup sihat kerana kami mahu semua orang menajdi lebih sihat,” katanya.

Jam itu dijual pada harga RM1,399. – BERNAMA

Kategori