Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Geng Janggut Seludup PATI...

JOHOR BAHRU: Kegiatan penyeludupan migran yang didalangi sindiket dikenali Geng Janggut mengaut keuntungan...

PKP 2.0: Rakyat Diminta...

1. Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM) menyeru seluruh rakyat untuk bersabar dengan dugaan...

PPM Tahan Suami Isteri,...

SEMPORNA - Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan sepasang suami isteri dan merampas...

COVID-19: Wanita Malaysia Antara...

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan satu daripada tujuh kes import yang diumumkan...

Gadong Jaya Akan Dibangun Sebagai Zon Riadah, Sukan

SEREMBAN – Kerajaan negeri akan membangunkan sebuah kawasan riadah dan sukan di atas tanah seluas 23 hektar di Gadong Jaya, Labu, dekat sini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata kawasan itu akan mempunyai lima padang bola sepak, tiga padang ragbi serta sebuah mini stadium yang mempunyai kemudahan trek dan padang selain kawasan lapang.

Menurutnya, kerajaan negeri akan membangunkan kawasan ini bersama pihak swasta dan ia dijangka dapat disiapkan dalam tempoh dua tahun.

Pembangunan kawasan luas untuk riadah dan sukan ini merupakan yang pertama di negara ini dan ia telah diluluskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini,” katanya ” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini.

“Kita akan realisasikan segera perkara ini kerana ia adalah keperluan anak-anak muda. Kita akan merealisasikan segera inspirasi anak muda yang mahu supaya tempat-tempat lapang untuk beriadah dan bersukan diperbanyakkan,” katanya. – BERNAMA

Kategori