Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jambatan Ghulam Pertama Asia...

PONTIAN - Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) telah menyediakan beberapa kemudahan baharu...

Kerajaan Komited Pastikan Keperluan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan komited untuk memastikan keperluan melindungi nyawa dan kehidupan sentiasa diberi penekanan utama...

Bekas Presiden Korea Selatan...

SEOUL : Korea Selatan memberi pengampunan kepada bekas Presiden, Park Geun-hye yang sedang...

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berterusan...

Gangguan Air: 70,000 Pengguna Terjejas Di Kuantan

KUANTAN – Gangguan bekalan dan tekanan air rendah di sebahagian besar daerah Kuantan yang bermula pukul 10 pagi tadi disebabkan paras air menurun di muka sauk Kampung Kobat di sini.

Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata dianggarkan sebanyak 70,000 akaun pengguna terjejas disebabkan masalah itu.

Kenyataan itu menambah kawasan yang terlibat ialah perumahan Indera Mahkota 1 hingga 16 termasuk kawasan industri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia kampus Kuantan, Bukit Sekilau, Taman Bukit Ubi, Taman Bayroute, Bukit Setongkol dan Cenderawasih.

Kawasan lain yang terlibat ialah kawasan sekitar Galing, bandar Kuantan termasuk Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Teluk Cempedak.

Gangguan turut berlaku di kawasan sekitar Semambu, Cherating, kawasan perindustrian Gebeng, sekitar Beserah hingga ke sempadan Terengganu.


Mereka yang mempunyai pertanyaan atau memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di 09-5739999. – BERNAMA

Kategori