Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

KJ Akan Bawa Laporan...

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dia telah menerima laporan lengkap daripada Jabatan Peguam...

Gandum Kini Ganti Beras...

TANPA disedari pelbagai pihak, sejak 2016 lagi, penggunaan gandum di seluruh Malaysia telah...

China Catat Lebih 4,500...

BEIJING - China mencatatkan 4,515 kes disahkan coronavirus dan jumlah kematian akibat penularan...

DBKL Batal Lesen Peniaga...

PUTRAJAYA - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan lesen serta-merta ke atas peniaga...

Gangguan Bekalan Air Di Gombak, Hulu Selangor

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Gombak dan Hulu Selangor dijadual mengalami gangguan bekalan air sementara dari Rabu hingga Jumaat ini berikutan kerja-kerja pemasangan perkakasan sistem agihan air.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataan hari ini menyatakan kawasan terlibat ialah Taman Ehsan, Taman Desa Jaya dan Kampung Kepong Ulu di Gombak; sebahagian Fasa 3, keseluruhan Fasa 4, 5,7, 8 dan 9 di Taman Sri Gombak serta Kampung Melayu Sri Gombak.

Kawasan lain yang terjejas ialah New Green Park, Taman Rawang Jaya, Kampung Lim Tan, keseluruhan Bukit Rawang Putra dan pekan Rawang di Hulu Selangor.

“Pelanggan dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja penambahbaikan berkenaan dilakukan pada tarikh tersebut.

“Segala usaha akan diambil bagi menyiapkan kerja-kerja tersebut secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan-kawasan terlibat,” menurut Syabas.


Pengguna boleh merujuk ke laman web www.syabas.com.my atau melalui aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air itu. – BERNAMA

Kategori