KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di sekitar ibu negara akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula 10 malam pada Selasa (6 Feb) hingga 8 pagi Rabu (7 Feb) depan.
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataan berkata gangguan berkenaan berikutan kerja-kerja pengalihan paip di Jalan Pudu dan Jalan Sarawak di sini.
Kawasan yang terlibat ialah Jalan Pudu, Jalan Sarawak, Jalan Pasar, Jalan Brunei, Jalan Davies, Jalan Kancil, Jalan Sungai Besi, Jalan Yew, Jalan Gajah, Jalan San Peng dan Jalan Landak.
Sehubungan itu, pengguna dinasihatkan menyimpan bekalan air secukupnya.
Syabas memberi jaminan bahawa usaha diambil untuk menyiapkan kerja-kerja itu secepat mungkin bagi memastikan pemulihan bekalan air lebih awal di kawasan terlibat. – BERNAMA