Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kapten Feri Sewol Dihukum...

SEOUL – Kapten yang meninggalkan beratus-ratus pelajar sekolah ketika feri Sewol terbalik dan...

Rakaman ‘Hantu’ Tolak Pagar...

KAKITANGAN sebuah hospital di Argentina diselubungi perasaan takut apabila menonton rakaman kamera litar...

Usul Mansuh GST Dibentang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membentangkan usul bagi memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Kajian Pilihan Raya Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang menyediakan kertas kerja...

Garis Panduan Hukuman Pelajar Di Peringkat Akhir

JOHOR BAHRU – Proses penambahbaikan terhadap garis panduan kaedah hukuman terhadap pelajar sekolah yang melakukan salah laku kini di peringkat akhir, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.

“Kementerian sentiasa terbuka menerima pandangan dan cadangan untuk kepentingan semua pihak. Kementerian juga sentiasa mengalukan cadangan, pandangan dan segala penambahbaikan untuk kebaikan semua termasuk guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Gelang Patah, di sini hari ini ketika diminta mengulas gesaan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) untuk Kementerian Pendidikan mengeluarkan pekeliling baharu berhubung kaedah hukuman yang dibenarkan ke atas pelajar.

Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata kajian semula perlu dibuat ke atas Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8 yang dikeluarkan bagi memberi maklum kepada guru tentang bentuk hukuman yang dilarang ke atas pelajar yang melakukan salah laku di luar Peraturan-Peraturan Pelajaran seperti berkeliaran dan bising di dalam kelas.

Berhubung lawatan ke SJKT Gelang Patah yang menyaksikan seramai 37 murid memasuki alam persekolahan Tahun Satu, Kalamanathan berkata beliau berpuas hati dengan kerjasama rapat antara pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS).


“Sebagai contoh pengurusan sekolah telah menggunakan bantuan diberikan kerajaan dengan menyediakan infrastruktur lengkap seperti menaik taraf bumbung, membaiki tandas dalam usaha mewujudkan sesi pembelajaran kondusif untuk murid,” katanya. – BERNAMA

Kategori