Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak Perempuan 4 Tahun...

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut manakala bapa dan...

IPT Disaran Aktifkan Kembali...

KUANTAN – Kerajaan menyarankan agar semua universiti di negara ini mengaktifkan semula Model...

Bungkusan Ganja Kepada Ahli...

SEPANG : Polis memaklumkan belum ada tangkapan berhubung kes bungkusan ganja yang dialamatkan...

Malaysia Terima Vaksin Sinovac...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan menerima 14 juta dos vaksin Sinovac daripada pembekal...

Garis Panduan Rawat, Urus Buangan Najis Ayam Bakal Dikeluarkan

KULAI — Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengeluarkan satu garis panduan bagi merawat dan mengurus buangan najis ayam dalam tempoh terdekat sebagai usaha mencegah pencemaran sungai yang berkaitan dengan bahan buangan berkenaan.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penghasilan garis panduan itu kini di peringkat perbincangan oleh kementerian bersama-sama Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta para pengusaha kilang penternakan ayam dan pemprosesan baja najis ayam.

“Garis panduan berkaitan cara merawat air buangan najis ayam dan pengurusan bahan buangan tersebut akan dibincangkan dan dikeluarkan oleh kementerian dan JAS dalam masa yang terdekat untuk mengatasi masalah pencemaran ammonia.

“Garis panduan itu antaranya mengandungi panduan penanaman tanaman di tepi-tepi sungai yang mampu merawat dan mengurangkan kesan ammonia walaupun mengambil jangka masa yang panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan pengoperasian kilang memproses baja najis ayam, United Propel Sdn Bhd, dan kilang menternak ayam, Lew Peng Enterprise, di Kampung Murni Jaya di sini, hari ini.

Wan Junaidi berkata garis panduan yang bakal dikeluarkan itu perlu fleksibel terutama dalam berhadapan dengan cuaca semasa iaitu ketika musim kering dan musim hujan.

“Apabila garis panduan ini selesai, ia tidak hanya akan digunakan oleh kilang-kilang di dalam Johor sahaja tetapi semua kilang di dalam negara yang mempunyai bahan buangan yang serupa,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata terdapat banyak penambahbaikan yang perlu dijalankan oleh kilang United Propel Sdn Bhd, yang sebelum ini telah menjadi punca kepada pencemaran ammonia di Sungai Sayong.

“Saya dimaklumkan bahawa kilang ini sedang dalam proses membeli sebuah mesin memproses bahan buangan dengan lebih efisien dari luar negara, jadi, kita akan lihat keberkesanannya selepas mesin tersebut tiba di sini.

“Kita memandang serius perkata ini kerana bahan buangan dari kilang itu telah menjadi punca pencemaran kepada empat Loji Rawatan Air (LRA) di Johor dengan satu daripada loji itu membekalkan air ke Singapura dan tiga lagi membekalkan air kepada lebih 60,000 akaun pengguna di Johor,” katanya.


Wan Junaidi berkata pihaknya sudah meminta pemilik kilang itu supaya tidak mengambil masa terlalu lama untuk membuat kerja-kerja penambahbaikan itu sekiranya masih mahu beroperasi.

“Mereka perlu menepati segala syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Kita juga tidak boleh bertindak menutup kilang ini kerana ia telah menjadi sumber rezeki penduduk kawasan ini, jadi, kita memberi pengusaha kilang masa untuk segera menyelesaikan isu pencemaran ini,” katanya.

Menurutnya pemeriksaan kandungan ammonia di Sungai Sayong pada masa ini memuaskan berikutan keadaan paras air yang tinggi dan mengalir dengan cepat.

“Setakat ini, paras Keperluan Oksigen Biokimia (BOD) masih berada pada tahap memuaskan. Paras ammonia sungai ini tidak tinggi kerana faktor pencairan di Sungai Sayong berikutan keadaan air yang dalam dan mengalir dengan cepat.

“Tetapi, perkara ini akan menjadi berbahaya sekiranya berlaku musim kering di mana paras air sungai rendah dan menyebabkan bacaan ammonia menjadi tinggi dan berisiko menyebabkan LRA terpaksa ditutup. Kita tidak mahu perkara ini berlaku lagi,” tegas beliau.

Empat LRA yang ditutup sebelum ini ialah LRA Sungai Sayong, LRA Semanggar, LRA Sungai Johor dan LRA Johor River Waterworks, Public Utilities Board (PUB) Singapore.

Kejadian pertama berlaku pada 11 dan 12 Julai 2016 manakala kejadian kedua berlaku pada 8 Dis tahun yang sama apabila air Sungai Sayong berubah menjadi hitam dan berbau serta kandungan paras bacaan ammonia tinggi dan tidak sesuai untuk pemprosesan air mentah.

Kejadian ketiga pula berlaku pada 22 Ogos 2017 dan keempat pada 27 dan 28 Okt tahun yang sama dengan kandungan paras ammonia tinggi di Sungai Sayong hingga menyebabkan LRA di Lembangan Sungai Johor berhenti beroperasi. — BERNAMA

Kategori