Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Suspek Dadah Bukan Petugas...

PETALING JAYA : Dakwaan yang tular dalam media sosial berhubung rampasan empat beg...

Didakwa ‘Hanya Peminat’, Ini...

NAH! Kalau sebut sahaja nama juara program realiti Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8),...

Netizen Anggap Faizznur Makan...

DIGELAR dengan pelbagai gelaran selepas didakwa 'pecah amanah', Facebook Muhammad Faizznur Asyraf Husain...

“Aiman Pun Tak Kisah...

FARA Hazel, kakak kepada penyanyi Aiman Tino memberitahu ada menggunakan nama dan populariti...

Tesco Akan Jual Buah-Buahan Musim Panas Australia

KUALA LUMPUR – Peruncit Tesco Store (M) Sdn Bhd bekerjasama dengan negeri Victoria di Australia untuk membekalkan buah-buahan musim panas dari lewat Februari hingga Mei bagi menampung peningkatan permintaan dari Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie berkata buah-buahan musim panas seperti ceri, pic, aprikot, nektarin dan plum akan dijual di semua pasar raya Tesco di seluruh negara.

“Tesco komited untuk membawakan kepada pelanggan kami hanya yang terbaik dari seluruh dunia dan kami melakukan lawatan pasar dengan kerap bagi memastikan kami menyediakan pilihan terbaik pada harga terbaik bagi rakyat Malaysia.

“Dengan pelanggan kami mencari produk buah-buahan yang lebih berkualiti dan bernutrisi, kami sentiasa memperbanyak pilihan produk kami, dengan harga rendah bagi rakyat Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran kempen ‘Taste Australia’ yang menampilkan buah-buahan musim panas Australia, di sini, hari ini.

Beliau berkata Australia mempunyai reputasi baik bagi produk berkualiti tinggi dengan langkah-langkah keselamatan makanan yang ketat dalam seluruh rantaian bekalannya.


“Pelanggan boleh mendapatkan promosi istimewa di semua pasar raya Tesco,” katanya. – BERNAMA

Kategori