Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perlu Lebihi Pencapaian Di...

PUTRAJAYA - Walaupun tidak meletakkan jumlah sasaran pingat, Menteri Belia dan Sukan Khairy...

Imigresen Ada Kongsi Maklumat...

SEPANG - Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali mempertahankan bahawa memang wujud...

Tiada ‘Orang’ KKM Ditahan...

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa kontrak yang didakwa...

3 Lelaki Ditahan Kes...

BUTTERWORTH - Polis menahan tiga lelaki dan sedang mengesan tiga lagi lelaki dipercayai...

Gelagat Comel Anak Monyet Hiburkan Mangsa Banjir

MERSING – Gelagat seekor monyet betina bernama ‘Jenny’ mencuri tumpuan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Agama Pengkalan Batu di sini.

Monyet berusia tiga bulan itu dipelihara seorang kanak-kanak perempuan yang sentiasa membawanya ke mana-mana bagi menceriakan mangsa banjir itu.

Gelagatnya yang mencuit hati sekali-sekala membuatkan mangsa-mangsa banjir di situ ketawa, sekali gus meredakan kebimbangan berikutan banjir yang melanda rumah mereka.

Menurut empunya haiwan itu, Khairunisa Faizal, 10, monyet itu yang kematian ibu dijumpai bapanya di sebuah pulau di Mersing pada tahun lepas dan kemudian dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Jemari, di sini.

“Kita main bergurau dengan dia je, main dalam bilik, main campak-campak… dia selalu tidur sama-sama dengan kita,” katanya yang ditemui pemberita pada lawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim di PPS itu, hari ini.

Khairunisa berkata ketika rumah mereka dinaiki air baru-baru ini, seluruh anggota keluarganya termasuk Jenny terpaksa tinggal di pusat berkenaan.


Sepanjang berada di PPS itu, Jenny langsung tidak berenggang daripada Khairunisa dan sentiasa berpaut pada bahu atau memeluk kanak-kanak berkenaan.

“Jenny manja, dia sentiasa nak hisap jari. Dia tidak kisah hendak makan apa, asal jangan sahaja beri susu suam, nanti dia termuntah,” kata Khairunisa mengenai sifat haiwan peliharaannya itu. – BERNAMA

Kategori