CANBERRA – Sambutan Hari Australia di bandar Adelaide terpaksa dibatalkan susulan ramalan jabatan kaji cuaca mengatakan gelombang haba akan melanda, lapor agensi berita Xinhua.
Biro Meteorologi (BOM) pada Khamis memberi amaran bahawa Adelaide, Melbourne dan Hobart akan mengalami suhu 10 darjah Celsius lebih tinggi, pada cuti panjang hujung minggu sempena Hari Australia berbanding purata pada Januari.
Hari Australia disambut setiap 26 Januari, sempena ulang tahun pendaratan British First Fleet di pantai Australia pada 1788.
Adelaide, ibu negara Australia Selatan, telah merancang beberapa acara dan terpaksa dibatalkan berikutan ramalan mengatakan suhu mungkin mencecah sehingga 38 darjah Celsius.
Ia juga merupakan amaran gelombang panas kedua dikeluarkan BOM untuk negeri di Australia Tenggara sejak beberapa minggu lepas.
Gelombang panas yang pada awal Januari di Australia menyebabkan 40 penduduk di Adelaide terpaksa dimasukkan ke hospital. – BERNAMA