Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Mayat Gelandangan Ditemukan Di...

GEORGE TOWN - Mayat lelaki yang dipercayai gelandangan ditemukan terapung di Sungai Pinang...

BN, UMNO Tidak Khuatir...

ULAANBAATAR - Barisan Nasional (BN) dan UMNO sedia berhadapan dengan mana-mana parti baharu...

Lelaki Lepas Tembakan Dalam...

IPOH - Seorang lelaki melepaskan satu das tembakan di dalam sebuah restoran makanan...

Orang Awam Dakwa Jumpa...

Shah Alam : Tiada laporan polis diterima berhubung penemuan bekas personaliti TV3, Zalina...

Gempa 6.4 Skala Richter Di Sukabumi, Jakarta

JAKARTA – Gempa bumi berskala 6.4 pada skala Richter berlaku di wilayah Sukabumi, Jawa Barat pada Selasa, dan kesan gegarannya turut dirasai di ibu kota Indonesia.

Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG), gempa bumi itu yang berpusat di kira-kira 81 kilometer barat daya Lebak Banten, berlaku kira-kira 1.34 petang (2.34 petang waktu Malaysia).

Gempa bumi itu turut menyebabkan gegaran di pusat bandar raya Jakarta dan orang ramai panik bergegas keluar dari bangunan. Gegaran turut dirasai di Wisma Antara.

Ia menempatkan pejabat Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di tingkat 16 dan semua petugas diarahkan berkumpul di luar bangunan sebelum dibenarkan kembali memasuki bangunan kira-kira 2.15 petang.

Menurut BMKG tiada ancaman tsunami dikeluarkan berikutan gempa bumi itu dan setakat ini belum terdapat maklumat lengkap berkenaan kesan kerosakan dan kemalangan jiwa akibat kejadian.

Dalam pada itu, agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan sekurang-kurang 130 bangunan di sekitar Pulau Jawa rosak susulan gempa bumi hari ini, yang mengejutkan ramai pekerja di dalam bangunan tinggi di sini.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) bagaimanapun melaporkan gempa bumi dengan kekuatan lebih 6 magnitud, tetapi pihak berkuasa menolak kemungkinan berlakunya tsunami.

Menurut saksi, insiden itu menyebabkan ramai penduduk melarikan diri menuju sepanjang jalan di sini, sambil menunjuk ke arah bangunan berhampiran mereka.

Stesen televisyen tempatan Metro turut menyiarkan laporan beberapa pesakit dipindah keluar dari sebuah hospital sebagai langkah keselamatan.


Pusat gempa dilaporkan terletak 104 kilometer di barat bandar Sukabumi pada kedalaman 44 kilometer iaitu 100 kilometer dari Jakarta.

Sementara itu, jurucakap agensi bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho, dalam satu kenyataan berkata enam pelajar dilaporkan cedera parah, manakala dua lagi cedera ringan selepas bumbung sekolah di Cianjur runtuh.

Cianjur adalah sebuah daerah di wilayah Jawa Barat. Menurut agensi itu, selain beberapa sekolah, lebih 130 rumah dan sebuah masjid di Jawa Barat dan Banten disahkan rosak.

Gegaran akibat gempa bumi itu dirasai kira-kira 10 hingga 15 minit, namun ramai penduduk mendakwa ia berlaku dalam tempoh lebih panjang.

“Saya dapat rasakan bangunan ini bergoyang ketika sedang duduk. Saya merasakan tangga kecemasan sangat sempit. Saya bimbang sesuatu akan berlaku,” kata kakitangan Kedutaan Chile, Rudy Togatorop, 35.

Pada 2004, tsunami di Lautan Hindi mengorbankan 226,000 mangsa di 13 negara, termasuk lebih 120,000 di Indonesia. – Agensi/Mynewshub.cc

Kategori