Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Nahas Bas: 8 Rakyat...

KUALA LUMPUR - Lapan daripada sembilan rakyat Malaysia yang cedera akibat nahas bas...

Asrama SMA Maahad Al...

TELUK INTAN - Jeritan dua pelajar menyelamatkan sebahagian pelajar perempuan asrama Sekolah Menengah...

Tonggak Sukma Ganti Import...

PETALING JAYA : Johor Tigris tidak panik dengan penarikan diri pemain import dari...

Kutipan Filem OlaBola Cecah...

KUALA LUMPUR - Filem 'OlaBola' yang telah ditayangkan pawagam selama 39 hari mencatatkan...

Givi Asia Labur RM2.5j Buka Cawangan Ketiga

JOHOR BAHRU – Pengeluar aksesori motosikal terkenal dan berkualiti dari Itali, GIVI Asia Sdn Bhd, melabur RM2.5 juta untuk membuka cawangan ketiga di negara ini.

Pengarah Urusan GIVI Asia On Hai Swee berkata Johor dipilih sebagai lokasi cawangan ketiga di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang berdasarkan kedudukannya sebagai pasaran penting bagi GIVI.

“Kami mendapat banyak permintaan untuk pembukaan cawangan rasmi GIVI Point dari negeri lain, namun kami perlu memberi perhatian kepada pasaran yang besar dahulu seperti Johor memandangkan pelanggan kami ramai datang dari Johor,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian cawangan itu di Jalan Tampoi, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Operasi Internasional GIVI Joseph Perucca.


Menurut On, cawangan GIVI Point itu mempunyai lebih daripada 1,000 produk rasmi GIVI seperti topi keledar, baju hujan dan kotak barang serta menawarkan servis pemasangan aksesori secara percuma khusus kepada pelanggan.

Sementara itu, Perucca berkata ibu pejabat GIVI di Itali berpuas hati ke atas pasaran barangan produk aksesorinya di Asia, terutama Malaysia.

“Kami memberi sokongan penuh kepada pasaran di sini kerana ia merupakan antara pasaran terbesar di dunia. Banyak jenama terkenal motosikal dunia di sini memandang Asia dan Malaysia merupakan lokasi penting pengembangan jenama dan jualan,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Givi

Kategori