Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Singapura Usir Tiong Suka...

SINGAPURA - Penguasa Makanan Pertanian dan Ternakan Singapura (AVA) akan melakukan semburan kabut...

6 Lelaki Ditahan Bantu...

MELAKA - Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian serangan ke...

Warga Emas Rentung Rumah...

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga emas berusia 80-anrentung dalam kebakaran melibatkan dua...

CEO, Peg. Zakat P.Pinang...

BUTTERWORTH - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan seorang pegawai kanan Zakat Pulau Pinang...

Greece Izin Undang-Undang Syariah Untuk Kes Keluarga

ATHENS – Parlimen Greece baru-baru ini telah memutuskan untuk membenarkan undang-undang Syariah menjadi salah satu undang-undang pilihan dalam menyelesaikan pertelingkahan keluarga.

Menurut media antarabangsa, Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras yang berhaluan kiri, menjelaskan bahawa hasil keputusan undian tersebut sebagai satu “langkah bersejarah” di negara minoriti Muslim di Eropah itu.

Ini kerana ia “memperluaskan hak kesamarataan undang-undang kepada semua rakyat Greek.” Dalam urusan undang-undang keluarga, rakyat Greece secara lazimnya akan mencari jalan penyelesaian dengan bertemu mufti.

Pada kebiasaanya, sesi perjumpaan sedemikian sering dijadikan platform untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan kekeluargaan seperti perceraian, hak terhadap penjagaan kanak-kanak dan pembahagian harta warisan.

Baca: Masjid Dibina Di Ibu Kota Greece Selepas 180 Tahun

Bagaimanapun Britain dilaporkan pernah menolak keras untuk menerima perundangan Mahkamah Syariah dengan tuduhan negatif konon sistem kehakiman Islam mendiskriminasi kebajikan wanita terutama dalam kes perceraian.

Pada 2016 lalu, Greece melakar sejarah apabila membatalkan secara rasmi larangan pembinaan masjid baharu yang dikuatkuasakan oleh pemerintah sejak 1829 menjelang kejatuhan khalifah terakhir Uthmaniah berpusat di Turki.


Islam merupakan agama rasmi empayar Islam yang dirujuk pihak Barat sebagai Ottoman itu termasuk meliputi Greece, namun ketika ini hanya sejuta umat Islam dipercayai masih lagi tinggal di negara rantau Balkan tersebut.

Di Athens sahaja, sekitar 200,000 orang Islam terpaksa solat berjemaah di lebih 100 buah masjid ‘tidak rasmi’ yang terletak di parkir kenderaan atau ruang lapang aras bawah tanah dengan diubah suai. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori