Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kopi Singa Indonesia Taja...

KELAB sensasi terkenal Barcelona mengumumkan bahawa salah satu penajanya pada musim depan ialah...

PAS Tunggu PH Bawa...

KOTA BHARU - PAS akan memberi sokongan padu jika Kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

Mak Aiii.. Terbelit Lidah...

HAMBOI... nama budak-budak zaman sekarang bukan main panjang dan luar biasa lagi.Jika dahulu,...

Kena Kurung 2 Minggu,...

BAGI menghasilkan biografi jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei bukanlah satu perkara...

GST Selamatkan Negara Terjerumus Dalam Kegawatan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) telah dapat menyelamatkan negara daripada terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan GST bukan untuk membebankan rakyat tetapi adalah penyelamat ekonomi negara.

Ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-36 di sini hari ini, Najib berkata pelaksanaan GST memberi landasan untuk memperkukuhkan sumber kewangan kerajaan.

Beliau berkata kerajaan dapat memenuhi aspirasi rakyat dan menjalankan program-program rakyat sekiranya ia mempunyai sumber kewangan yang stabil dan semakin meningkat.

“Kalau tidak ada GST, kita tidak yakin dapat buat bayaran khas kepada penjawat awam.

“(Kalau tidak ada GST) Mana tahu kita terjerumus dalam kegawatan,” katanya.

GST diperkenalkan pada kadar enam peratus pada 1 April 2015.

Najib juga berkata kerajaan tiada cadangan untuk menaikkan kadar GST.

Najib juga berkata kadar GST Malaysia adalah yang terendah di dunia dan jumlah barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan juga mungkin yang terbanyak di dunia.

Beliau berkata keputusan kerajaan melaksanakan GST adalah tepat kerana ia merupakan sumber kewangan yang akan membolehkan kerajaan melaksanakan program untuk kebaikan rakyat.

“Bila kita ada sumber kewangan seperti GST, kita boleh buat pengagihan semula pendapatan…pengagihan kepada kumpulan yang memerlukan bantuan kerajaan,” katanya.


Melalui sumber kewangan kerajaan yang kukuh antaranya melalui pelaksanaan GST, kerajaan dapat melaksanakan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan rakyat dapat menikmati kemudahan kesihatan dengan bayaran RM1 sahaja, katanya.

Najib berkata kutipan GST pada tahun lepas ialah sebanyak RM44 bilion berbanding RM41 bilion pada 2016.

Tahun ini pula, kutipan GST boleh mencecah RM45 bilion berbanding sasaran yang diumumkan sebanyak RM43.8 bilion pada Bajet 2018, katanya.

Perdana Menteri berkata agensi penarafan antarabangsa memberi penarafan kategori A kepada Malaysia kerana menyimpulkan keberanian kerajaan Malaysia melaksanakan GST.

“Jangan mudah kita terpedaya dengan kata-kata nista, atau mengapi-apikan perasan rakyat, yang niatnya baik dan murni untuk meletakkan landasan supaya kita dapat terus laksanakan program demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata langkah Malaysia memperkenalkan GST turut diikuti negara seperti Arab Saudi, yang mempunyai model yang mungkin berlainan namun prinsipnya sama.

“Bila langkah yang kita telah buat diikuti negara-negara lain, ini satu daripada pengiktirafan yang boleh yakinkan kita bahawa kita berada di landasan yang betul,” katanya.

Selain Malaysia, lebih 160 negara termasuk negara maju seperti United Kingdom, Jepun dan Australia melaksanakan GST. – BERNAMA

Kategori