Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pembangkang Parti Bermusim Menjelang...

PADANG BESAR - Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menyifatkan pembangkang sebagai...

Tak Perlu Buka Mulut,...

WALAUPUN membintangi drama Nur bersama, aktres Amyra Rosli tidak sama sekali mahu mengulas...

442 Ditahan Bagi Kesalahan...

KUALA LUMPUR - Pasukan keselamatan negara telah menahan 442  orang di bawah kesalahan berkaitan keganasan dan...

Polis Terima Laporan Penulis...

IPOH - Polis hari ini mengesahkan menerima laporan daripada penganalisis dan penulis politik...

Dokumen Palsu: Bekas Pengarah Didenda RM30,000

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah syarikat pembinaan didenda RM30,000 atau 20 bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk menipu Majlis Amanah Rakyat (Mara) berhubung kerja pembinaan pagar dan membaik pulih longkang, tujuh tahun lalu.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman denda RM10,000 atau penjara 10 bulan bagi pertuduhan pertama manakala denda RM20,000 atau penjara 10 bulan bagi pertuduhan kedua terhadap Edayu Shafiee, 52.

Dia didakwa menggunakan satu dokumen sebagai tulen iaitu Surat Rujukan UPP KDNWP bertarikh 15 Mac 2011, berhubung kerja-kerja membina dan menyiapkan pagar hiasan di atas dinding penahan konkrit tetulang Kompleks Kementerian Dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Duta dengan nilai kontrak RM325, 263.50 yang merupakan dokumen palsu.

Wanita itu yang juga merupakan bekas setiausaha di pejabat Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (Perkobf) dituduh melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Mara, Daerah Kepong/Batu/Segambut di sini pada 14 April 2011.

Bagi pertuduhan kedua, Edayu dituduh menggunakan satu dokumen sebagai tulen iaitu surat rujukan bertarikh 10 Mac 2011 bertajuk “Kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf longkang di belakang flat PKNS, Blok F&G, Jalan Bunga Baharu, Kampung Baru, Kuala Lumpur” dengan nilai kontrak RM168,837 yang merupakan dokumen palsu.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Edayu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum atas alasan dia menjaga dua anak angkat masing-masing berusia lapan dan sembilan tahun selain ayahnya yang lumpuh dan ibu uzur.


“Sekarang saya tak bekerja, suami kerja buruh. Saya telah diisytiharkan bankrap. Sekarang saya hanya ada RM5,000 untuk membayar denda, itu pun pinjam daripada along,” katanya sambil menangis teresak-esak.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ‘Adha ‘Amir Yasser Amri memohon hukuman berat atas alasan kesalahan yang dilakukan tertuduh telah menyebabkan kerugian RM223,400 yang diluluskan oleh Mara dan telah dibayar kepada tertuduh.

“Jika penipuan ini tidak berlaku, dana tersebut boleh disalurkan kepada kontraktor bumiputera yang lebih layak dan faedah ini boleh dikecapi masyarakat . Walaupun tertuduh tidak mempunyai sebarang rekod lampau, hari ini ada dua pertuduhan. Tertuduh juga tidak membayar kembali kerugian yang dialami Mara,” katanya. -BERNAMA

Kategori