Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Perselisihan Kaum, Agama: Ahli...

SHAH ALAM - Dua punca perlu ditangani bagi mengelak perselisihan kaum dan agama...

Bukan Masa Untuk Terlalu...

KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem baru-baru ini...

Generasi Kini Perlu Teruskan...

KUALA LUMPUR - Obor perjuangan kemerdekaan yang ditiupkan generasi terdahulu perlu diteruskan generasi...

Video: Reaksi Anak Menerima...

TIGA orang adik-beradik telah menyesal mengabaikan ayah mereka saat menerima berita kematian ayah melalui...

Guru Diingat Sentiasa Menjadi Orang Disanjung

ARAU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengingatkan warga pendidik agar menjadi orang disanjung tinggi kerana mereka adalah cerminan masyarakat.

“Walau macam mana hebat pun kemarahan, kita tidak boleh mengutuk pemimpin, malah perilaku kita dilihat semua orang dan kena jadi contoh kerana kita adalah pendidik.

“Janganlah kita buruk sangka terhadap pemimpin kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sembang Santai Guru-Guru Parlimen Arau di Kolej Matrikulasi Arau dekat sini, malam tadi.

Pada majlis itu Shahidan turut menimbang permohonan sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Arau bagi peruntukan bawah RM20,000.


Katanya beliau akan berusaha agar peruntukan itu diluluskan bagi memastikan murid dapat belajar dalam keadaan selesa. – BERNAMA

Kategori