Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Melayu, India Di Singapura...

KUALA LUMPUR - Mengikut satu kajian yang dijalankan Institut Kajian Dasar (IPS), bilangan...

Kilang Plastik Di Nilai...

NILAI - Sebuah kilang memproses barangan plastik di kawasan Perindustrian Kecil dan Sederhana...

Empat Sekeluarga Antara 55...

KOTA BHARU - Empat sekeluarga antara 55 yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)...

AirAsia Syarikat Penerbangan Tambang...

KUALA LUMPUR – AirAsia dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia bagi...

Hafizh, Afiq Ikhwan Raih Anugerah Utama SIC-MAM 2017

SEPANG – Jaguh Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah dan juara Asia tiga kali Piala Lamborghini Super Trofeo, Afiq Ikhwan Yazid mengungguli anugerah utama pada Majlis Anugerah Sukan Permotoran SIC-MAM 2017 di sini, malam tadi.

Hafizh Syahrin, yang mengharumkan nama negara dengan dua pencapaian podium termasuk tempat kedua di San Marino, musim lepas, dinobatkan sebagai Pelumba Antarabangsa Terbaik serta membawa pulang Anugerah Pilihan Peminat Permotoran Malaysia.

Majlis anjuran Litar Antabangsa Sepang (SIC) dengan kerjasama Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) itu turut menyaksikan pelumba berusia 24 tahun itu diabadikan dalam Dewan Kemasyhuran SIC bersama-sama dengan Hanifah Yoong dan Oh Kah Beng.

Dalam pada itu, Afiq Ikhwan dinobatkan sebagai Pemandu Antarabangsa Terbaik selepas prestasi cemerlang mengekalkan perlumbaan Piala Lamborhhini Super Trofeo tiga kali berturut-turut.

Pemandu profesional negara, Mitchell Cheah memenangi Anugerah Pemandu Kebangsaan Terbaik manakala juara Piala Terbuka 250cc Kejuaraan MBSK 2017, Mohd Aiman Tahiruddin memenangi Anugerah Pelumba Kebangsaan Terbaik.

Anugerah Pelumba Paling Meningkat Terbaik menjadi milik pelumba Moto3 negara, Muhammad Adam Norrodin manakala pemandu Kejuaraan Formula 4 Asia Tenggara, Nazim Azman menggondol Anugerah Pemandu Paling Meningkat Terbaik.


Pemandu muda negara, Nabil Jeffri, yang menyertai kejuaraan Dunia Formula 2 FIA, memenangi Anugerah Pembangunan Permotoran Kementerian Belia dan Sukan.

Pasukan E-Engineering dinamakan sebagai pemenang Anugerah Pasukan Terbaik (empat roda) manakala Anugerah Pasukan Terbaik (dua roda) menjadi milik HKM Timesbike.

Majlis itu turut menyaksikan pengamal media turut dihargai dan diraikan apabila wartawan Kosmo, Riduan Hanafiah menerima Anugerah Penulis Terbaik, Osman Adnan (Jurufoto Terbaik) dari akhbar NSTP manakala Adam Abdul Karim Zamri dan Mohd Irsyahdi Tumian daripada Astro Arena memenangi Anugerah Elektronik Terbaik. – BERNNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SIC

Kategori