Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Isnin Cuti Jika ‘The...

BATU GAJAH - Kerajaan negeri Perak mengumumkan cuti khas peristiwa pada Isnin ini...

Muafakat Nasional Buka Permohonan...

SHAH ALAM - Permohonan untuk menyertai Muafakat Nasional (MN) sebagai ahli baharu mula...

Robert Kuok Kekal 12...

BEKAS 'Raja Gula', Robert Kuok Hock Nien terus mengekalkan kedudukan di tempat teratas...

Tindakan Hapus Rasuah Bukan...

PERMATANG PAUH - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi ketegasan tidak akan bertolak ansur...

Haid, Menopaus Awal Mudah Dapat Sakit Jantung

PARIS – Wanita yang didatangi haid pada usia 11 tahun atau lebih muda, dan menopaus sebelum cecah 47 tahun, berhadapan risiko lebih tinggi mendapat sakit jantung dan serangan angin ahmar.

Keguguran, kematian bayi ketika bersalin, menjalani histerektomi dan hamil pada usia muda juga dikaitkan dengan peningkatan masalah kardiovaskular, menurut penyelidik.

Risiko tambahan pelbagai daripada cuma beberapa peratus kepada lebih 40 peratus, lapor penyelidik perubatan dalam jurnal Heart.

Hasil kajian bukan yang pertama mendedahkan kaitan antara faktor reproduktif dan penyakit kardiovaskular, dan data tidak menunjukkan hubungan kasual, kata penyelidik.

Namun kajian mengukuhkan kaitan itu, dan menunjukkan wanita dengan kitaran reproduktif tidak matang atau ada sejarah kejadian buruk perlu diimbas kerap untuk masalah jantung dan keadaan yang bawa kepada pembekuan darah.

Saintis mengambil data daripada tinjauan kesihatan jangka panjang di Britain yang memantau dan menguji lebih satu perempat daripada sejuta wanita sejak 2006 hingga 2016.


Purata usia wanita adalah 56 ketika pemantauan bermula. Kajian menunjukkan wanita yang didatangi haid sebelum usia 12 tahun berhadapan risiko 10 peratus lebih tinggi mendapat penyakit kardiovaskular berbanding mereka yang mula baligh pada usia 13 tahun dan ke atas.

Sementara itu, mereka yang menopaus sebelum 47 tahun, risiko mendapat penyakit kardiovaskular meningkat 33 peratus, dan angin ahmar dengan 42 peratus. – AFP/BH ONLINE

Kategori