Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

3,000 Rakyat Johor Bukan...

Ramai sedia maklum, salah seorang putera Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Al-Marhum...

PH Mula Biadab Ugut...

ANCAM... Ketika Pakatan Harapan (PH) dikutuk rakyat marhaen kerana gagal tunai janji manifesto...

Anak Paul Walker Kongsi...

ANAK perempuan Paul Walker, Meadow Walker kelihatan gembira menghabiskan masa bersama barisan pelakon Furious 7 lain termasuk...

Kerajaan Akan Cuba Bantu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan makanan percuma kepada mahasiswa universiti awam jika...

Harga Minyak Petrol Naik Sikit, Diesel Tetap Kekal

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac tahun lalu dan bagi seminggu berikutnya menyaksikan petrol naik sedikit manakala diesel tetap kekal.

Ia memang sudah dijangka susulan permintaan kukuh ketika Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menurunkan pengeluaran menyaksikan bekalan minyak mentah merosot dan trend harga naik di pasaran global.

Menurut laporan Berita N5 yang disiarkan oleh stesen TV1 RTM pada jam 5 petang Rabu, harga siling terbaharu bagi produk RON 95 naik empat sen kepada RM2.30 seliter berbanding RM2.26 seliter pada minggu sebelumnya.

Manakala had harga runcit untuk petrol premium jenis RON 97 pula dalam tempoh seminggu akan datang juga ditetapkan bertambah empat sen kepada RM2.57 seliter daripada asalnya RM2.53 seliter pada minggu terdahulu.

Dalam pada itu pula, harga runcit baharu untuk minyak diesel sepanjang tempoh tujuh hari yang sama diumumkan masih kekal lagi kepada RM2.32 seliter, iaitu langsung tidak berubah sejak lebih dua minggu sebelumnya.

Stesen penyiaran awam kebangsaan berkenaan melaporkan bahawa kesemua harga siling baharu untuk produk petroleum tersebut bermula dari pukul 12.01 tengah malam 18 Januari sehingga 11.59 malam pada 24 Januari 2018.


Mulai 29 Mac tahun lalu, Kabinet memutuskan penetapan harga runcit bahan api secara mingguan membolehkan pengguna dapat menikmati trend kadar yang lebih stabil berbanding harga bulanan dilaksanakan sebelum ini.

Pihak kerajaan sebelum itu melaksanakan penetapan harga siling bulanan secara kaedah pengapungan terkawal dengan mengguna pakai sistem kiraan formula Mekanisme Harga Automatik yang ditetapkan sejak 1983 lagi.

Penetapan harga runcit minyak secara bulanan itu sudah lama dilaksanakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang telah pun bermula pada awal Disember 2014 lalu.

Namun, pengumuman rasmi secara mingguan dijangka dapat mengurangkan kegelisahan pengguna kerana corak perubahan harga tidak begitu ketara berikutan tempoh pengiraan yang agak pendek. – MYNEWSHUB.CC

Kategori