Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UEC: Pemuda DAP Ucap...

KUALA LUMPUR - Pengarah Biro Hal Ehwal Varsity Pemuda DAP, Leong Yu Sheng...

Yusof Azmi Persoal Tiada...

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),...

Aplikasi MySejahtera Akan Ditambah...

KUALA LUMPUR - Aplikasi MySejahtera akan ditambah baik dengan pengenalan ciri-ciri baharu bagi...

Pekerja MAS Ada Juga...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mengakui terdapat pekerja biasa Malaysia Airlines...

Hina Sultan Pahang: Mahu Mahfuz Dikenakan Tindakan

KUANTAN – Pemuda UMNO Pahang hari ini menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadap Anggota Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kerana menghina dan menjadikan video Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan jenakanya ketika memberi ceramah politik.

Ketua Pemudanya, Mohd Shahar Abdullah berkata tindakan itu mencerminkan kebiadapan dan kecetekan akal pemimpin pembangkang itu yang jelas tidak menghormati institusi beraja di negara ini serta melampaui batas seorang ahli politik.

Dalam kenyataan medianya hari ini, beliau berkata Mahfuz perlu ingat bahawa meskipun beliau adalah seorang Anggota Parlimen, namun dirinya masih tertakluk di bawah undang-undang apabila berceramah di hadapan orang awam.

Berikutan itu Pemuda UMNO Pahang menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap Mahfuz mengikut Akta Hasutan 1948 atas kesalahan menerbitkan pernyataan menghasut bagi menghina Sultan.

Pemuda UMNO juga mendesak Mahfuz membuat permohonan ampun terhadap Sultan Pahang secara terbuka atas tindakannya yang dangkal dan tidak boleh diterima itu. – BERNAMA

Kategori