Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Johor Bakal Kuat Kuasa...

JOHOR BAHRU - Johor dijangka menguatkuasakan undang-undang yang mencegah dan menyekat penyalahgunaan lambang,...

Majikan Perlu Bayar Levi...

PUTRAJAYA – Bermula 1 Jan ini, majikan di seluruh Malaysia wajib membayar levi...

Fuziah Mengaku Tak Bersalah...

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh didakwa di Mahkamah Majistret di...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 13,449 orang daripada...

Hospital Medan Malaysia Tarik Perhatian Negara Lain

KUALA LUMPUR – Langkah kerajaan membina Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh telah menarik minat beberapa negara lain untuk membantu pelarian Rohingya yang berada di negara itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata komitmen Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk bantu pelarian Rohingya juga dapat perhatian negara lain untuk terlibat dengan kerjasama yang ada, sekali gus mewujudkan perkampungan global di kem pelarian itu.

“Misi bantuan yang kita laksanakan ini mendapat sambutan daripada negara lain kerana hala tuju kita jelas dan ikhlas.

“Jika sebelum ini kita wujudkan hubungan trilateral bagi menangani ancaman keselamatan terutama yang melibatkan Daesh, tetapi dengan bersama-sama membantu masyarakat Rohingya, hubungan kerjasama trilateral dengan negara lain mampu diperkukuhkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan kerja ke tapak projek pembangunan Kompleks Wisma Bintara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jalan Padang Tembak di sini, hari ini.

Kompleks Wisma Bintara ATM itu merangkumi sebuah blok kediaman 10 tingkat yang mempunyai 200 bilik serta 115 tempat letak kereta berbumbung bernilai RM30 juta, yang dijangka siap pada Oktober tahun depan.


Dalam lawatan itu, Hishammuddin berpuas hati dengan perkembangan projek pembangunan kompleks berkenaan.

“Saya dimaklumkan sehingga 26 Januari, projek pembinaan ini telah mencapai lebih 28 peratus iaitu lapan hari lebih awal dari jadual asal… sekiranya semua pihak mampu mengekalkan momentum dan prestasi kerja, projek ini mampu disiapkan sepenuhnya pada 3 Oktober tahun hadapan.

“Ini merupakan inisiatif Kementerian Pertahanan dalam memastikan kebajikan anggota Bintara ATM (anggota yang berpangkat sarjan ke atas) sentiasa terjaga selaras dengan pengorbanan yang dicurahkan mereka dalam menjaga keselamatan tanah air tercinta ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori