Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kisah Sebenar ‘Suami Saman...

JIKA ada yang masih ingat, beberapa tahun lalu heboh cerita mengenai seorang suami...

Mangsa Tsunami Aceh Tabah...

BANDA ACEH - Setiap kali tiba tanggal 26 Disember, penduduk wilayah Acheh seramai...

Komander IRGC Dakwa Beberapa...

BEIRUT - Salah seorang komander Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berkata beberapa tentera...

Persiapan Melaka United Pada...

MELAKA - Pasukan Melaka United (MU) berada pada tahap 99 peratus dari segi...

“Hubungan Kami Baik Sahaja, Tiada Masalah” – Farid

PENGARAH, Datuk Farid Kamil mengatakan bahawa hubungan bersama isteri, Datin Diana Danielle masih baik dan tiada sebarang permasalahan yang berlaku.

Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari meluahkan rasa syukur kerana mempunyai isteri dan anak-anak yang sentiasa berada di sampingnya.

Baca: Ibu Mertua Tidak Pasti Punca Farid Kamil Buat Report

Katanya, beliau juga sudah bertemu dengan dua orang cahaya mata kesayangannya selain mengucapkan terima kasih kepada semua masyarakat yang tidak putus-putus memberi sokongan kepadanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai entri memaparkan dirinya bersama dokumen kelihatan seperti laporan polis yang dimuat naik pada Rabu, Farid bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

Buat masa ini, saya tidak dapat memberi penjelasan lanjut mengenainya kerana masih berada dalam siasatan.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak henti menyokong saya,” katanya seperti dipetik BH Online, hari ini.


Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai Farid memuat naik satu entri yang menyaksikan gambarnya di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Menerusi entri berkenaan juga, Farid dilihat menyatakan beliau mahu terus memperjuangkan nasib orang yang teraniaya, tanpa menyebut siapa gerangan individu dimaksudkan.

Juga: Farid Kamil Akui Akan Bela Nasib Mereka Dianiaya

Lagi: “Saya Tak Gentar Jika Farid Ingin Saman Produksi”

Perkongsian itu menimbulkan pelbagai persepsi dan tanda tanya dalam kalangan masyarakat. Malah, terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa Farid buat laporan itu berhubung hal rumah tangga. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori