Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Peragut Kantoi Tapi Mengaku...

"APA bukti, apa bukti," itu yang dikatakan salah seorang peragut yang ditahan orang...

Pereka Fesyen Selamatkan Model...

PEREKAƃā€šĆ‚Ā fesyen, Vivienne Westwood, telah menjadi penyelamat apabila dia berjaya menyelamatkan seorang model daripada...

KSN Sertai Senamrobik Bersama...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menyertai lebih 2,000...

Bangunan IPK Berusia Akan...

JOHOR BAHRU - Kerajaan akan menggantikan bangunan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di...

Ibu & Anak Diberkas Kes Pecah Rumah Guru

KANGAR – Tiga individu termasuk seorang ibu dan anak lelakinya yang dipercayai memecah masuk rumah seorang guru di Kampung Beseri Dalam, Padang Melangit, dekat sini Khamis lepas diberkas polis, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar, Supt. Wari Kiew mereka ditangkap berdasarkan enam cap jari yang dikesan polis bahagian forensik di rumah mangsa yang berumur 34 tahun itu.

Beliau yang dihubungi hari ini berkata kesemua suspek diberkas di rumah masing-masing di Chuping antara 5 petang hingga 7 malam tadi.

ā€œWanita tersebut berumur 50 tahun dan anak remajanya berumur 17 tahun yang disoal siasat selepas ditangkap telah membawa polis kepada penahanan seorang lelaki berumur 29 tahun bersama hasil jenayah mereka.

ā€œLelaki tersebut yang menjadi perancang utama jenayah itu mempunyai rekod jenayah lampau,ā€ kata Wari dan menambah ketiga-tiga suspek ditahan reman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan.

Wari berkata guru wanita itu hanya menyedari rumahnya dipecah masuk sebaik kembali dari bekerja kira-kira 1.50 tengah hari Khamis lepas apabila mendapati keadaan rumah berselerak manakala almari tempat menyimpan barang-barang kemasnya dipecahkan.


Dalam aduannya guru itu berkata dia kehilangan empat utas rantai tangan, tiga bentuk cincin emas, dua pasang subang emas serta satu utas gelang tangan emas dan satu utas rantai leher emas, semuanya bernilai kira-kira RM12,000.

Menurut Wari wanita berumur 50 tahun itu berperanan sebagai penggadai barang-barang curi yang dilakukan oleh perancang utama jenayah tersebut. – BERNAMA

Kategori