Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bayi ‘Telan’ Ular Hidup-Hidup...

AJAIB... Seorang bayi perempuan hanya mengalami masalah membuang air besar dan sering muntah-muntah...

Hilang 16 Jam, Remaja...

KOTA KINABALU: Selepas kira-kira 16 jam dilaporkan hilang semasa bermain sekitar kampung di...

7 Ahli Geng Curi...

Ampang Jaya : Polis menahan tujuh lelaki selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri...

DAP Sarawak Sebar Persepsi...

KUCHING - Pemuda PAS Sarawak mendakwa DAP negeri tersebut sedang melemparkan persepsi negatif...

Ibu Bunuh Anak Yang Didakwa Dirasuk Syaitan

KES kematian seorang wanita, Geneva Gomez, 33, yang dipukul dengan kejam dan disumbat salib ke dalam kerongkongnya oleh ibunya kerana percaya mangsa dirasuk syaitan telah mengejutkan penduduk di Oklahoma pada 27 Ogos 2016.

Kini, perbicaraan kes itu akan dimulakan dengan ibunya, Juanita, 51, telah didakwa atas tuduhan membunuh.

Menurut penolong pendakwaraya, Suzanne Lavenue, pada hari kejadian itu, rumah yang mereka duduki kelihatan seperti dalam filem seram.

Mangsa telah ditemui oleh teman lelakinya, Francisco Merlos di atas lantai manakala rumah ibunya pula dipenuhi dengan darah sementara salib diletakkan di atas dada Geneva.

Ketika memberikan keterangan, Merlos, berkata dia tidak mengenali wajah Geneva ketika wanita itu berada di atas lantai.

“Saya tanya ibunya kenapa dia tidak mendapatkan bantuan perubatan untuk membantu Geneva, namun Juanita hanya berkata syaitan dan duit serta memberitahu saya Geneva telah dirasuk.

“Ketika saya cuba keluar, Juanita merangkul kepala saya tetapi saya dapat melepaskan diri dan menghubungi polis,” katanya.

Ketika ditangkap, Juanita memberitahu polis bahawa anaknya bercakap dengan suara syaitan dan pada malam sebelum kematiannya, matanya terbeliak dan mengancam untuk membunuhnya.


Dia juga mendengar suara syaitan dari dalam televisyen ketika mahu menonton siaran kristian.

Manakala luka di tangannya pula adalah disebabkan Geneva menolak apabila dia cuba menghalau syaitan daripada merasuk anaknya.

Juanita mengaku tidak bersalah. Sementara peguambelanya cuba menggunakan hujah mengenai tahap kewarasan Juanita namun kemudiannya mengetepikannya selepas pakar psikiatrik yang dilantik mahkamah pula mendapati wanita itu berwibawa untuk dibicarakan.

Juanita dikatakan menonjolkan penyakit mental semata-mata untuk mengelak daripada dibicarakan. Perbicaraan bersambung. – MYNEWSHUB.CC

Kategori