Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Masih Gerun Setelah 6,000...

KUANTAN - Pandangan matanya tajam ke arah ekor pesawat namun, tumpuannya pada waktu...

Video: Aduh… Diseret ‘Abang...

TULAR di media sosial, sebuah kereta pacuan empat roda (4WD) mengalami calar dan...

Jokowi Lancar ‘BRIM Versi...

JAKARTA – Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo atau lebih mesra disebut Jokowi pada...

Penjawat Awam Diajak Bersyukur...

MELAKA - Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mengajak penjawat...

Ibu Kenakan Sewa Rumah Pada Anak 5 Tahun

SEORANG ibu mendedahkan dia mengenakan sewa rumah kepada anaknya meskipun kanak-kanak berkenaan baru berusia lima tahun.

Essence Evans yang menulis dalam Facebooknya berkata, dia memberikan wang elaun sebanyak $7 setiap minggu kepada anak perempuannya dan kemudiannya daripada elaun itu, dia akan menolak $5 untuk bayaran sewa rumah termasuk air, elektrik, makanan dan televisyen.

Selepas ditolak semua sewa berkenaan, baki wang sebanyak $2 diberikan kepada anaknya.

“Strategi ini bukan hanya menyediakan anak saya kepada dunia sebenar tetapi apabila mereka melihat bil yang sebenar, mereka akan menghargai anda kerana memberikan diskaun yang banyak.

“Saya sebenarnya menyimpan duit sewa sebanyak $5 supaya bila dia besar nanti dan memutuskan untuk pindah, dia boleh menggunakan wang itu sebagai deposit,” katanya.


Namun kaedah yang digunakan oleh Evans ini mendapat pelbagai reaksi dengan ada yang menyokong tidak kurang pula mengecamnya disebabkan usia anaknya yang masih muda.

“Saya tidak akan berkongsi kisah ini dengan sesiapa pun sebab anda ibu yang teruk. Saya faham apa yang awak cuba lakukan tapi saya tidak akan paksa anak saya membayar untuk tempat tinggal yang menjadi miliknya.

“Pada pandangan saya apabila anak lelaki saya berusia 16 tahun, saya akan suruh dia mencari kerja untuk keperluannya sendiri,” demikian tulis netizen. – MYNEWSHUB.CC

Kategori