Sunday, September 8, 2024

Creating liberating content

Mangsa Ke-11 Insiden Tembakan...

GLOBAL | Mangsa kesebelas kejadian tembakan di Monterey Park di California, Amerika Syarikat...

Penganggur Warga India Dipenjara...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur warganegara India dipenjara empat bulan dan satu sebatan...

Debat Ka Siong, Guan...

JOHOR BAHRU : Debat yang dirancang antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee...

Terbuka Singapura: Beregu Negara...

SINGAPURA - Pasangan beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong akan...

Ibu Mertua Tak Tahu Farid Ditahan, Diana Mohon Privasi

TERKEJUT dengan penahanan suaminya, pelakon dan pengarah filem Datuk Farid Kamil tengah hari tadi, aktres Datin Diana Danielle, 26, memohon orang ramai agar memberi mereka ruang untuk meredakan isu tersebut.

“Beri kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini dulu. Saya tidak akan beri sebarang komen buat masa sekarang. Terima kasih,” kata Diana.

Sementara itu, ibu kepada Diana, Norsiah Ramli berkata, dia juga tidak tahu menahu mengenai berita penahanan menantunya itu.

“Saya terkejut mengenai berita ini. Saya baru dapat tahu selepas dimaklumkan rakan media.

“Jadi saya tidak tahu dan tidak boleh nak komen lanjut. Ada baiknya hubungi keluarga Farid sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Farid ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya pada jam 1.20 petang tadi.

Baca: Didakwa Tampar Anggota Polis, Farid Kamil Ditahan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dilaporkan suspek berusia 37 tahun itu menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.


“Selain menampar polis, Farid turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan WhatsApp mengenai ‘300 artis hutang ah long’.

Juga: 300 Artis Terpaksa Pinjam Ah Long Akibat Tiada Kerja

“Dia kemudian tiba-tiba menampar anggota polis dan menendang dua orang awam di lokasi kejadian tanpa provokasi,” jelasnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori