Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Mercedes Malaysia Catat Rekod...

Pernah terfikir berapa banyak kereta mewah yang boleh dijual di Malaysia dalam satu...

GST Sifar Positif Bagi...

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan baharu untuk menguatkuasakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Janji PRU14 Pun Belum...

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan perlu membuat semakan semula melibatkan isu pemansuhan elaun...

Calon Ketua Jurulatih Skuad...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pasukan Petugas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum...

Ifa Terkilan, Roslan Shah Sumpah Anak Jadi Pondan

KESAL… selebriti, Ifa Raziah akui tidak dapat menahan rasa sebak saat meluahkan tindakan melampau penyanyi dari Singapura, Roslan Shah memburuk-burukkan anak dan suaminya.

Menurut Ifa, dia tidak menyangka Roslan akan bertindak keterlaluan apabila aktres ini hanya berdiam diri berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan oleh penyanyi itu terhadap dirinya kira-kira 10 bulan lalu.

“Dia sudah melampau dan biadab apabila mula mengaitkan suami dan anak saya pula dalam isu persengketaan kami.

“Selama 10 bulan saya mendiamkan diri tetapi apabila dia fitnah saya sehingga menyebabkan suami salah faham, itu melampau!” katanya dipetik Astro Gempak.

Tambahnya lagi, dia mengakui agak terkilan apabila Roslan dikatakan yang turut menyumpah anak lelakinya, Shakir Aqili membesar sebagai seorang pondan.

“Sampainya hati dia, sedangkan selama ini dia sangat menyayangi Aqili. Kenapa dia sanggup kata macam tu terhadap Aqili?

“Anak saya demam ketika melihat video live yang dibuat Roslan kerana terkejut dan terlalu sedih dengan apa yang dikatakan,” tambahnya.

Katanya, Ifa juga akui terasa hati dengan perkara itu dan memberitahu tidak akan memaafkan Roslan untuk kali ini.

“Ya, kalau sebelum ini bergaduh dan kemudiannya berbaik, kali ini tidak. Saya tidak akan maafkan orang yang hampir meruntuhkan rumah tangga saya.


“Kenapa perlu dia kait saya dengan aktor tersebut? Fitnah apa yang dia cuba lemparkan? Kalau pemikiran saya ini sama level dengan dia, saya dah dedah semua aib dia seperti yang dia lakukan terhadap saya.

“Tetapi saya tidak mahu downgrade diri saya dengan melakukan perkara sama kerana tidak perlu saya buka aib orang lain,” tambahnya.

Sementara itu, ditanya mengenai punca persengketaan dengan penyanyi itu, Ifa memaklumkan bahawa segalanya bermula sewaktu mereka menjayakan sebuah ekspo di Singapura.

“Tidak perlu saya dedahkan satu-satu apa yang berlaku, kalau dia di pihak yang benar pihak penganjur tidak akan memohon maaf kepada saya.

“Sudah-sudahlah menipu dan buat fitnah menerusi video live di laman sosial. Beringat-ingatlah hari ini kita fitnah orang, tak mustahil suatu hari nanti ia akan balik kepada diri sendiri,” katanya.

Hmmm… Sabar je lah. Manusia ni kadang-kadang susah kita nak ramal. Ada yang baik, ada juga yang kurang baiknya. Bak kata peribahasa melayu kita ‘rambut sama hitam tapi hati lain-lain’… – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori