Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Neelofa Dinobat Bintang Paling...

TAHNIAH diucapkan buat pelakon dan pengacara, Neelofa Mohd Noor, 27, yang telah berjaya...

Tiada Aktiviti Ziarah Sempena...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, ziarah rumah ke rumah dan...

Arahan Bercuti: FGV Anggap...

KUALA LUMPUR - Susulan arahan bercuti yang dikenakan ke atas Presiden dan Ketua...

Pengawal Bebas Tuduhan Rogol...

KUALA LUMPUR - Seorang pengawal keselamatan yang didakwa merogol adik teman wanitanya, Jun...

“Imej Rambut Toncet Pasha Tak Sesuai Orang Politik”

VOKALIS kumpulan Ungu, Pasha kini sudah bergelar ahli politik yang paling terkenal di Indonesia kerana kerjayanya sebagai penyanyi membuatkan dia mudah dikenali ramai.

Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said merupakan Wakil Wali Kota atau timbalan datuk bandar di Palu, wilayah Sulawesi Tengah, Indonesia.

Sebagai ahli politik mereka seharusnya mempunyai penampilan yang bagus tetapi sebagai seorang penyanyi, Pasha tidak akan dapat lari daripada imej rocknya terutama sekali dengan gaya rambut tocangnya itu.

Segalanya bermula apabila akaun Instagarm Mata Najwa yang merupakan rancangan bual bicara popular di Indoensia memuat naik gambar poster menampilkan Pasha bagi mempromosikan episod itu.

Episod itu turut menampilkan beberapa pemuzik tempatan serta Pasha juga dijemput bagi membincangkan beberapa topik tentang politik.

Bagaimanapun, netizen yang melihat poster itu telah mengkritik gaya rambut Pasha kerana ketika itu dia turut menyarung pakaian seragam kakitangan awam.

Hal itu turut mendapat perhatian Ketua Fasiliti Daerah di bawah Kementerian Dalam Negeri, Akmal Malik, yang turut bersetuju dengan pandangan orang awam terhadap penyanyi lagu Bila Tiba itu.

“Secara etika, ada peraturan untuk berpakaian kemas sewaktu memakai pakaian seragam rasmi. Biasanya (rambut Pasha) tidak bertentangan dengan undang-undang, ia hanya melanggar etika tata cara berpakaian,” katanya dipetik daripada portal Detik.

Oleh itu, Pasha telah menjawab segala persoalan dan kritikan orang ramai tentang imejnya itu kerana tidak mahu isu itu terus berpanjangan.


“Terima aksih atas perhatian saudara-mara, rakan-rakan dan masyarakat seluruh Indonesia tentang isu gaya rambut yang tidak sesuai sebagai ketua daerah dalam program Tompi & Glenn tempoh hari.

“Saya tidak berniat untuk membela diri tetapi perlu saya maklumkan bahawa tiada syarat tertentu bagi gaya rambut untuk seorang ketua daerah,” katanya dipetik daripada gambar yang dimuat naik dekat Instagram Mata Najwa, semalam.

Pasha juga memaklumkan bahawa tujuan dia mengikat rambutnya itu ialah supaya kelihatan  lebih kemas kerana rambutnya agak panjang di bahagiaan belakang.

Penyanyi berkenaa turut memohon maaf atas kejadian itu kerana dia tidak mempunyai apa-apa niat untuk berkelakuan tidak sopan.

Bagaimanapun, Detik memaklumkan bahawa sebelum ini, Pasha juga pernah ‘buat hal’ dalam beberapa acara sebelum ini antaranya mengenakan seluar jeans dengan jaket serta memakai pingat polis dan tentera ketika sedang bertugas.

Selain itu, bapa kepada tujuh orang cahaya mata itu juga pernah membuat persembahan bersama dengan ahli kumpulan Ungu yang lain di atas pentas sambil dia memakai pakaian seragam kakitangan awam.

Namun tiada sebarang tindakan dieknakan ke atasnya kerana telah diberi lampu hijau oleh orang atasan iaitu ketuanya sendiri serta persembahan yang dijalankan di Singapura itu juga dilangsungkan pada hari minggu. – MYNEWSHUB.CC/AH

*Video sekadar hiburan…

Kategori