Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bida Nombor Plat Khas...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berpeluang memiliki nombor pendaftaran 'RIMAU' setelah Jawatankuasa Penganjur...

Kastam Patah Penyeludupan Minuman...

SIBU – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sibu mematahkan cubaan menyeludup 45 kontena minuman...

Habis Semua Kena Pancit,...

CUBA bayangkan ketika anda dalam keadaan kelam kabut bersiap untuk ke tempat kerja,...

Remaja Mahu jadi Penari...

Stephanie Kurlow baru berusia 14 tahun namun dia bercita-cita mahu menjadi penari profesional...

Indeks Jenayah Di Kuching Catatkan Penurunan

KUCHING – Indeks jenayah di Kuching mencatatkan penurunan kepada 1,554 kes sepanjang tahun lepas berbanding 1,610 kes pada tahun sebelumya, kata Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai.

Beliau berkata pada masa sama tahap keselamatan bandaraya dilihat terus mendapat kepercayaan ramai apabila kajian dijalankan Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini mendapati 86 peratus responden mengatakan bandaraya Kuching amat selamat untuk dilawati.

Menurutnya kejayaan itu adalah hasil dedikasi dan komitmen tinggi ditunjukkan oleh anggota pasukan keselamatan bandaraya dalam usaha berterusan memerangi jenayah, bagi memastikan keamanan dapat dinikmati bersama.

“Meskipun kajian tersebut menunjukkan peratusan yang positif, namun polis tetap akan terus berusaha keras untuk menjadikan bandaraya ini bebas jenayah,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Daerah di Padang kawad Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching di sini, hari ini.

Abang Ahmad berkata pasukan polis tidak boleh cepat berpuas hati, sebaliknya perlu sentiasa terus berusaha untuk memantapkan kualiti perkhidmatan dengan mengambil pendekatan berkesan dalam membanteras jenayah. – BERNAMA

Kategori