Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

24 Individu Ditahan Dalam...

ALOR SETAR - Polis menahan 24 individu atas pelbagai kesalahan jenayah dalam 'Op...

Benteng Batu Selamat Kejadian...

KUALA PERLIS - Benteng batu yang dibina di sepanjang pesisir pantai di sini...

Johan As’ari Pelik Tidak...

SEKARANG sudah jadi macam trend pula semasa bulan Ramadhan apabila orang ramai termasuk...

Wanita Bakar Lelaki Bangladesh...

GEORGE TOWN - Seorang wanita warga Indonesia bertindak nekad membakar seorang lelaki Bangladesh...

India, ASEAN Perlu Saling Manfaatkan Pasaran

KUALA LUMPUR – India dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) boleh saling memanfaatkan dan melengkapi pasaran luas dan membangun antara satu sama lain untuk mengukuhkan potensi pertumbuhan masing-masing, kata Ketua Bersama Perbankan Global, HSBC Malaysia, Omar Mahmoud.

Beliau berkata, perdagangan dan penggunaan akan menerajui kemakmuran ekonomi India dan Asia Tenggara bagi jangka sederhana.

“Ekonomi India dan ASEAN, jika digabungkan, akan menjadi ekonomi ketiga terbesar di dunia, dan jumlah penduduk merangkumi 18 peratus daripada populasi sejagat.

“Begitu juga di 10 negara ASEAN, jumlah isi rumah kelas pertengahan diunjur mencapai 120 juta​​​​​​​ menjelang 2025, kira-kira dua kali ganda berbanding pada 2010,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Omar berkata bagi Malaysia, janji niaga pelaburan bernilai US$36 bilion telah dimeterai pada tahun lepas untuk mempertingkatkan hubungan dua hala dan pelaburan antara India dan Malaysia, termasuk antara lain pendidikan tinggi, pembinaan pelabuhan dan lebuhraya, pembangunan kelapa dan kelapa sawit.

Bagi ASEAN dan India, tumpuan kini terarah kepada penyempurnaan Perkongsian Ekonomi​​​​​​​ Komprehensif Serantau (RCEP) – perjanjian perdagangan pelbagai hala yang diterajui oleh ASEAN dan melibatkan enam rakan kongsi Perjanjian Perdagangan Bebas, termasuk India dan China, yang kesemua akan membentuk 50 peratus daripada populasi dunia.

India ‘menghangatkan’ rundingan RCEP baru-baru, dengan komited untuk menghapuskan sehingga 80 peratus tarif barangan sekiranya memperoleh akses lebih luas bagi pasaran sektor perkhidmatan ASEAN dan pergerakan bebas pekerjanya.


“Langkah sedemikian akan menawarkan potensi pertumbuhan ketara bagi sektor perkhidmatan​​​​​​​ teknologi​​​​​​ maklumat India yang berkembang pesat, yang terdiri 48 peratus daripada eksport keseluruhannya dan perjanjian itu secara kolektif dapat melonjakkan eksport dalam kalangan negara peserta sebanyak empat peratus pada masa depan,” katanya.

Rantaian bekalan elektronik yang luas penting kepada ASEAN, dengan menyumbang 30 peratus kepada​​​​​​​ eksport keseluruhan serantau.

“India dan ASEAN mungkin tidak mempunyai pengaruh bagi ekonomi Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah atau China, namun kedua-duanya semakin menjadi kuasa ekonomi dengan peranan yang semakin penting​​​​​​​ dalam ekonomi global.

“Hubungan yang lebih kukuh antara kedua-duanya akan mendorong mereka mencapai kepentingan antarabangsa seterusnya,” katanya. – BERNAMA

Kategori