Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mana Ada UMNO Lobi...

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan UMNO...

Kes QZ8501: Bukan ‘Standard’...

TIDAK lari daripada misteri dan spekulasi, kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 masih menjadi tanda...

JPJ Kedah Keluarkan 149...

ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah mengeluarkan 149 saman atas kesalahan...

Kelonggaran PKP 2.0 Demi...

KUALA LUMPUR - Kelonggaran diberikan dengan pembukaan beberapa sektor ekonomi sepanjang Perintah Kawalan...

Ini Rahsia Kenapa Lambakan Udang Berlaku Di Dungun

KUALA TERENGGANU – Lambakan udang di Pasar Dungun adalah disebabkan daerah itu mempunyai paling banyak lesen Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT) berbanding daerah lain, kata Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali.

Beliau menjelaskan lambakan udang itu bukan disebabkan fenomena air pasang besar atau pasca banjir.

“Di Terengganu, terdapat 72 bot yang diberi lesen PTMT. Dungun adalah daerah tertinggi yang mempunyai lesen itu iaitu sebanyak 25 diikuti Kemaman (18), Besut (15), Kuala Terengganu (sembilan), Setiu (empat) dan Marang (satu).

“Sebanyak 53.2 tan metrik udang telah didaratkan di seluruh Terengganu sepanjang Disember lalu dengan Dungun mendaratkan jumlah tertinggi sebanyak 37.5 tan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Lesen PTMT hanya dikeluarkan pada musim tengkujuh bermula November sehingga Februari, katanya ketika diminta mengulas lambakan udang di Pasar Dungun dan dijual lebih murah daripada harga pasaran yang tular di media sosial.


“Ketika ini, udang bersaiz sederhana dijual RM20 sekilo (anggaran 25 ekor), udang putih sedang pula RM55 sekilo (anggaran 10 hingga 15 ekor) dan udang harimau (RM80 sekilo),” katanya. – BERNAMA

*Video bawah sekadar hiasan…

Kategori